Biodata Lee Jong Suk Pelakon Big Mouth. Drama Korea yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah big mouth , drama yang menggandingkan pelakon kacak Lee Jong Suk dan pelakon cantik Yoona dari kumpulan SNSD. Hari ini mari kita berkenalan dengan watak utama drama itu iaitu Lee Jong Suk, mari baca biodata lee jong suk pelakon big mouth.

Biodata Lee Jong Suk Pelakon Big Mouth

Lee Jong Suk bukanlah suatu nama yang asing dalam industri hiburan Korea, nama beliau cukup dikenali di Korea dan luar Korea.

Beliau memiliki sejumlah peminat yang sangat banyak di seluruh dunia , kebanyakkan drama yang dibintangi beliau semua hit.

Antara drama Lee Jong Suk yang hit adalah While You Were Sleeping , Pinocchio , W, I Hear Your Voice dan banyak lagi, jom kenali Jong Suk dengan lebih mendalam.

BIODATA LEE JONG SUK (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Lee Jong Suk sama seperti nama stage beliau , lahir di Yongin, Gyeonggi, South pada 14 September 1989.

Beliau merupakan pelajar  jurusan  Gambar Gerak dan Seni Profesional dari Universiti Konkuk Korea , Lee Jong Suk merupakan seorang model dan pelakon.

Lee Jong Suk debut sebagai model pada usia sangat muda iaitu pada usianya 15 tahun , beliau menjadi model di Seoul Fashion Week 2005.

Untuk info korang , Lee Jong Suk sempat jadi trainee selama 3 bulan taw , kalau beliau debut dalam kumpulan idola mesti popular group tu kan.

2010 merupakan tahun debut pertama beliau sebagai seorang pelakon , siri pertama beliau adalah Prosecutor Princess dimana watak utama drama itu adalah pelakon Kim So Yeon dan Park Shi Ho.

Tahun yang sama juga beliau debut sebagai pelakon filem , filem pertama beliau adalah filem hantu yang bertajuk Ghost.

DRAMA YANG MEMBUATKAN BELIAU DIKENALI ~~

Nama Lee Jong Suk mula menjadi sebutan bermula 2011 apabila beliau membintangi drama hit Secret Garden sebagai watak pembantu. 

Di dalam Secret Garden beliau bawa watak komposer muda , watak yang beliau bawa berjaya mencuri perhatian peminat drama itu. 

Selepas itu, Lee Jong Suk bintangi drama High Kick Musim 3, drama ini terus melonjak lagi nama beliau di dalam persada dunia drama Korea. 

Kemudiannya beliau menjadi watak utama di dalam School 2013, sebuah drama sekolah yang mempunyai banyak siri.

Drama School 2013 ini mendapat jumlah tontonan yang sangat tinggi di Korea , ramai menyukai lakonan Lee Jong Suk bersama Park Se Young yang memakai baju sekolah.

Sejak itu , banyak produksi mahukan Lee Jong Suk sebagai watak utama di dalam drama mereka.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL LEE JONG SUK ~~

Mesti kalau korang peminat Lee Jong Suk yang dah lama mesti tahu kan media sosial official beliau, buat peminat baru boleh follow sini >>@jongsuk0206

Pengikut beliau di sini sudah mencapai 23 juta , ramai kan so peminat baru teruskan follow beliau disana untuk lihat aktivti harian beliau.

Lee Jong Suk juga akan selalu promote drama , serta apa produk yang beliau menjadi model so ampa boleh tengok di sana 

Teruskan support kerjaya Lee Jong Suk taw semua ~~




Post a Comment

Previous Post Next Post