Sinopsis Drama Cheer Up Drama Universiti 2022. Drama Korea yang bertemakan kampus kebanyakkan semua menarik dan sangat seronok untuk ditonton. Drama kampus terbaru kali ini dibintangi oleh pelakon-pelakon muda yang nama mereka semakin dikenali. Drama Cheer Up ini dibintangi oleh pelakon Penthouse Han Ji Hyun, Bae In Hyuk serta Jang Gyuri. Jom baca sinopsis drama cheer up drama kampus lakonan gyuri fromis 9.

Drama Cheer Up Drama Kampus Lakonan Gyuri Fromis 9



Drama Cheer Up bakal ditayangkan pada awal bulan Oktober ini , drama yang bertemakan university , misteri , remaja dan romantik komedi.

SINOPSIS CHEER UP (2022)~~

Drama ini menceritakan tentang Do Hae-Yi (Han Ji-Hyun) ialah pelajar di Universiti Yeonhee yang merupakan seorang yang cerah dan rajin. 

Oleh kerana keadaan kewangan keluarganya yang miskin, dia mengutamakan menjana wang berbanding sekolah.

Pada suatu hari, Do Hae-Yi tiba-tiba menyertai skuad sorak Teyia. 

Dia hanya menyertai kelab untuk wang. Skuad sorak telah wujud selama 50 tahun di Universiti Yeonhee. 

Semasa mengambil bahagian dalam skuad sorak, Do Hae-Yi mengalami kegembiraan kehidupan kampus dan bertemu dengan pelbagai orang dari Teyia termasuk Park Jung-Woo (Bae In-Hyuk),

 Jin Sun-Ho (Kim Hyun-Jin), Tae Cho-Hee (Jang Gyu-Ri), Joo Sun-Ja (Lee Eun-Saem ) dan Bae Young-Woong (Yang Dong-Geun). 

Bae Young-Woong pernah menjadi ahli Teyia dan dia merupakan alumni Universiti Yeonhee. Dia menyokong skuad sorak dari segi kewangan dan emosi.

Pelbagai kisah menarik yang berlaku dengan mereka sekumpulan.

BARISAN PELAKON CHEER UP 2022~~

Drama Cheer Up dibarisi oleh pelakon muda yang meningkat naik dan terkenal dengan lakonan mereka yang mantap.

Oleh kerana drama ini merupakan drama kampus pastinya banyak watak utama yang pertama adalah pelakon cantik Han Ji Hyun, watak yang beliau bawa adalah Do Hae Yi.

Pelakon lelaki meningkat naik Bae In Hyuk turut sama berlakon di dalam drama Cheer Up sebagai watak Park Jung Woo.

Penyanyi dan idola dari kumpulan fromis_9 Jang Gyuri turut sama membintangi drama kedua beliau setelah menerima pujian atas lakonan beliau di dalam drama It's Okay to Not Be Okay.

Di dalam drama ini beliau membawa watak Tae Cho Hee manakala pelakon kacak Kim Hyun Jun dan Lee Min Jae pula membawa watak Jin Seon Ho dan Do Jae Yi.

PROFIL DRAMA CHEER UP 2022~~

Drama Cheer Up akan ditayangkan di saluran SBS bermula 3 Oktober ini menggantikan slot drama Woori The Virgin.

Ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pada jam 10 malam , kalau yang perlukan subtitle korang boleh mula tengok hari Selasa dan Rabu.

Ramai tidak sabar untuk lihat drama ini sebab drama pertama Han Ji Hyun selepas cipta nama dengan drama Penthouse.

Ini juga merupakan drama kedua Jang Gyuri dan drama pertama selepas beliau keluar dari kumpulan fromis_9.

Korang jangan lupa ok tayangan perdana drama ini dan kalau ada apa nak tambah mengenai drama ini boleh komen dibawah ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post