Biodata Amar Bahrain Pelakon Biarkan Ia Pergi. Drama yang ditayangkan di slot samarinda tv3 sekarang ini adalah drama biarkan ia pergi. Sebuah drama yang menggandingkan amar bahrain dan isyariana buat kali kedua. Drama yang sedang menghampiri episod akhir tinggal beberapa episod sahaja lagi. Hari ini jom kita kenal -kenal biodata amar bahrain pelakon biarkan ia pergi.

Biodata Amar Bahrain Pelakon Biarkan Ia Pergi


Amar Bahrain yang merupakan suami kepada pelakon cantik Amyra Rosli sebelum ini pernah bergandingan dengan Isyariana di dalam drama Hati Yang Dikhianati.

Kali ini mereka sekali lagi bergandingan di dalam drama biarkan ia pergi di slot samarinda pada jam 10 malam.

BIODATA AMAR BAHRAIN 2022~~

Nama sebenar beliau adalah Amar bin Mohd Baharin lahir pada 1 Julai 1985 di Kajang , Selangor dan beliau mempunyai campuran Arab , Thai dan Melayu.

Amar merupakan bekas pelajar SMK Bukit Bandaraya dan SMT Tengku Ampuan Afzan dan merupakan pemegang jurusan kejuruteraan elektrik dari UITM Shah Alam.

Beliau memiliki 3 orang adik beradik dan Amar merupakan anak kedua.

Isteri beliau merupakan pelakon wanita terkenal Amyra Rosli dan mereka dikurniakan 2 orang anak , seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mula memasuki dunia hiburan dengan menyertai rancangan cari bakat Anak Wayang pada 2009, dalam rancangan itu yang memenangi juara adalah Hairi.

Selepas menyertai rancangan Anak Wayang beliau banyak menerima tawaran berlakon dan sehingga kini beliau sudah membintangi lebih 20 drama dan telefilem.

Antara drama lakonan beliau yang popular adalah Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Kalis Kasih Cemburu Seorang Perempuan dan yang bersama Isyariana juga iaitu Hati Yang Dikhianati

OFFICIAL MEDIA SOSIAL AMAR BAHRAIN ~~

Sapa yang tengok drama biarkan ia pergi mesti nak tengok kan aktiviti harian Amar Bahrain , ampa follow beliau disini >>@amarbahrain

Sehingga kini beliau sudah memiliki lebih 2.9 juta pengikut , yang mana belum follow , p follow lekas bagi sampai 3 juta.


Dekat instagram beliau korang boleh tengok aktiviti seni dan harian beliau , teruskan support next drama Amar Bahrain ok.

Selamat Maju Jaya~~

Post a Comment

Previous Post Next Post