Sinopsis Poong, The Joseon Psychiatrist Lakonan Kim Min Jae. Drama sejarah Korea terbaru lakonan pelakon kacak Kim Min Jae iaitu Poong, The Joseon Psychiatrist. Kim Min Jae merupakan pelakon lelaki yang cukup popular di Korea dengan drama do you like brahms? dan dali and cocky prince kini kembali dengan drama sejarah bersama pelakon muda Kim Hyang Gi. Jom baca sinopsis Poong, The Joseon Psychiatrist lakonan kim min jae.

Sinopsis Poong, The Joseon Psychiatrist Lakonan Kim Min Jae



Drama Poong, The Joseon Psychiatrist ini bertemakan Sejarah, Misteri, Percintaan dan juga Perubatan dan barisan pelakon yang membintangi drama ini memang terbaik.

SINOPSIS POONG, THE JOSEON PSYCHIATRIST (2022)~~

Mengisahkan tentang Kebolehan legenda Yoo Se Poong sebagai seorang doktor terkenal di istana diraja. 

Namun begitu, beliau telah dipecat daripada istana diraja apabila penglibatannya dalam konspirasi menentang keluarga diraja terbongkar. 

Dia bergerak dan mula bekerja di Kampung Gyesu yang pelik, tetapi, cantik.

Di sana dia bertemu dengan Kye Ji Han, doktor tua Kampung Sorak yang pemarah dengan hati emas.

 Selepas pertemuan dengan Yoo Se Poong, Kye Ji Han terdorong untuk mengubah doktor muda itu menjadi seorang yang menyembuhkan hati.

Seorang lagi penduduk kampung itu ialah Seo Eun Woo, yang berasal dari keluarga bangsawan dan mempunyai kemahiran pemerhatian yang mendalam dan empati yang mendalam.

 Kini seorang janda, dia mencerminkan kisah-kisah orang yang patah hati. 

Dia berasa dirugikan dengan perkahwinannya yang tiba-tiba dan bakal menjadi seorang isteri yang tidak rela yang tetap berbudi kepada suami yang telah meninggal dunia.

BARISAN PELAKON POONG, THE JOSEON PSYCHIATRIST (2022) ~~

Kim Min Jae nama yang cukup dikenali di dalam drama-drama Korea membintangi drama ini sebagai watak utama yang bernama Yoo Se Poong.

Watak heroin di dalam drama  Poong, The Joseon Psychiatrist ini dilakonkan oleh Kim Hyang Gi , beliau membawa watak Seo Eun Woo.

Seorang lagi watak utama  di dalam drama ini adalah pelakon senior Kim Sang Kyung , beliau membawa watak Gye Ji Han.

Tidak hanya dibarisi 3 tungak utama, watak pembantu salah seorang darinya adalah dilakonkan oleh pelakon berbakat Ahn Chang Hwan yang memainkan watak Man Book.

Pelakon wanita senior Jeon Guk Hyang dan Yeon Bo Ra masing-masing memainkan peranan sebagai Granny dan Laddy Nam Hae.

Pelakon cilik Kim Soo Ahn dan Han Chang Min antara pelakon cilik yang membintangi drama ini , mereka membawa watak Ib Bun dan Jang Goon. 

Kalau korang nak taw Kim Soo Ahn adalah pelakon filem Train To Busan , sapa tengok filem tu mesti kenal budak ni , dah besar dah dia.

PROFIL DRAMA POONG, THE JOSEON PSYCHIATRIST (2022) ~~

Drama Poong, The Joseon Psychiatrist merupakan drama yang baru sahaja habis tayangan pada awal september 2022.

Drama ini diarahkan oleh pengarah Park Woon Gook dan penulis drama ini pula adalah Park Seul-Ki, Lee Bom dan Choi Min-Ho.

Korang yang mana nak tengok full episod drama ini boleh tengok dekat sini ada subtitle sekali >>  Poong, The Joseon Psychiatrist SUBS

Sapa yang dah tengok drama ni , rajin-rajin la review dekat bawah dan komen la antara drama sejarah korea yang mana paling korang suka.

Selamat tonton pada yang baru nak tengok~~

Post a Comment

Previous Post Next Post