Kenali Biodata Isyariana Pelakon Pelakon Biarkan Ia Pergi. Hi buat peminat setia drama Malaysia , hari ini kami akan kongsi mengenai pelakon drama biarkan ia pergi. Isyariana yang terkenal dengan drama Satukan Rasa kembali berpasangan dengan Amar Bahrain di dalam drama ini setelah membintangi drama 'hati yang dikhianati'. Jom kita kenali biodata isyariana pelakon biarkan ia pergi.

Kenali Biodata Isyariana Pelakon Pelakon Biarkan Ia Pergi



Drama Biarkan Ia Pergi ini merupakan drama terbaru Isyariana yang ditayangkan di slot samarinda yang bertemakan melodrama.

Jom kita kenali siapakah Isyariana ini dan bagaimana beliau terjun dalam dunia hiburan Malaysia , baca di bawah ye ampa~

BIODATA ISYARIANA PELAKON MALAYSIA (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Isyariana binti Che Azmi menggunakan nama stage 'Isyariana' lahir pada 31 Oktober 1990 di Temerloh , Pahang .

Beliau merupakan bekas pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang, beliau adalah pemegang Diploma Seni Bina.

Isyariana mempunyai seorang adik lelaki dan beliau merupakan anak sulung.

Beliau terkenal dengan muka ala 'Agnes Monica'.

PERMULAAN KARIER ISYARIANA~~

Isyariana ini adalah merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 13 tapi sebelum masuk AF beliau terlebih dahulu debut sebagai penyanyi duo.

Kumpulan duo yang beliau sertai adalah 'Hanarose' yang ditubuhkan oleh Cat Farish pada 2014, kumpulan ini debut pada 2014 dan dibubarkan  pada 2017.

Sepanjang bersama duo 'Hanarose' banyak lagu yang mereka telah release antaranya UFO, Tiba Ini Waktu dan Deritaku.

Selepas tidak lagi bersama 'Hanarose', beliau menyertai rancangan realiti popular Akademi Fantasia 13 pada 2016.

Beliau berjaya menjadi salah seorang dari 16 peserta akademi fantasia 13, beliau tersingkir pada minggu ke 5.

Kerjaya lakonan Isyariana bermula pada 2016 apabila beliau membintangi drama Married Tapi Benci yang mana diterajui oleh Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz.

Nama Isyariana mula dikenali peminat drama apabila beliau membintangi drama 'Satukan Rasa' drama yang diterajui oleh penyanyi duo popular Siti Nordiana dan Khai Bahar

Beliau terkenal dengan watak "Mak Ngah" yang beliau bawa di dalam drama itu selepas itu beliau banyak mendapat tawaran menjadi watak utama.

Drama yang mengukuhkan lagi nama beliau dalam industri lakonan Malaysia adalah drama Hati Yang Dikhianati, drama yang diterajui oleh beliau dan Ammar Bahrain.

Watak Lisa yang dibawa beliau di dalam drama ini menerima pujian ramai orang dan menambahkan lagi peminat beliau.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL ISYARIANA~~

Ampa semua jangan lupa follow official media sosial beliau di sini >> @Isyariana dan subscribe juga youtube official beliau >> Isyariana TV

Untuk pengetahuan peminat baru , Isyariana juga merupakan pemenang anugerah Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2020.

Beliau merupakan pelakon yang sedang meningkat naik so korang teruskan support kerjaya beliau , baik lakonan mahupun nyanyian.

Selamat maju jaya Isyariana~~






Post a Comment

Previous Post Next Post