Profil dan Sinopsis Mental Coach Jegal Lakonan Lee Yoo Mi. Drama terbaru dari pelakon Squid Games iaitu Lee Yoo Mi akhirnya bakal ditayangkan. Ramai tidak sabar untuk melihat drama seterusnya dari Lee Yoo Mi dan akhirnya beliau muncul dengan drama Mental Coach Jegal bersama Park Seyoung dan Kwon Yul. Jom tengok profil dan sinopsis mental coach jegal lakonan lee yoo mi.

Profil dan Sinopsis Mental Coach Jegal Lakonan Lee Yoo Mi


Lee Yoo Mi yang sangat terkenal setelah membintangi dua drama hit iaitu Squid Games dan All Of Us Are Dead, kedua-dua drama netflix ini mencipta banyak rekod dunia. 

SINOPIS MENTAL COACH JEGAL (2022)~~

Menceritakan tentang Jegal Gil (Jung Woo) adalah ahli pasukan taekwondo kebangsaan, tetapi dia menyebabkan masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyebabkan dia dilarang daripada pasukan itu.

 Kini, Jegal Gil memasuki perkampungan atlet untuk pasukan kebangsaan sebagai jurulatih mental. Dia mula bekerja dengan para atlet, termasuk Cha Ga-Eul (Lee Yoo-Mi). 

Cha Ga-Eul ialah peluncur laju trek pendek. Dia memenangi pingat emas di kejohanan dunia, tetapi dia kini terperangkap dalam kemerosotan. Dia jarang menunjukkan emosinya kepada orang lain.

Sementara itu, Jegal Gil memusuhi Ku Tae-Man (Kwon Yool), yang merupakan pengarah pusat hak asasi manusia persatuan olahraga itu. 

Ku Tae-Man juga merupakan ahli pasukan taekwondo kebangsaan dan dialah yang mengubah kehidupan Jegal Gil. 

Ku Tae-Man sangat berdaya saing dan mengutamakan keputusan berbanding perkara lain. 

Park Seung-Ha (Park Se-Young) ialah seorang kaunselor di perkampungan atlet dan dia bekerja dengan Jegal Gil.

BARISAN PELAKON MENTAL COACH JEGAL (2022)~~

Drama Mental Coach Jegal ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang berbakat contohnya seperti yang kita tahu Lee Yoo Mi yang baru sahaja memenangi anugerah Outstanding Guest Actress in a Drama Series.

Beliau merupakan pelakon asia pertama memenangi anugerah di Primetime Emmy Awards , di dalam drama ini beliau membawa watak Cha Ga Eul.

Watak penting di dalam drama ini adalah Jegal Gil yang merupakan kunci drama ini dibawa oleh pelakon berbakat Jung Woo.

Selain kedua mereka, pelakon cantik Park Seyoung juga membuat kemunculan kembali dengan drama baru ini dengan membawa watak Park Seung Ha.

Pelakon kacak Kwon Yul yang sememangnya sangat berbakat kalau diberikan watak antagonis, untuk drama ini adakah dia baik atau jahat korang kena tengok , beliau membawa watak bernama Ku Tae Man.

Turut sama menyerikan drama ini adalah pelakon meningkat naik Moon Yoo Kang , pelakon kacak ini membawa watak bernama Lee Mu Gyeol.

Pelakon senior yang berlakon di dalam drama ini adalah Yun Ju Sang , beliau sangat terkenal dengan watak bapa dan ceo di drama korea lain , di dalam drama ini beliau membawa watak Jegal Han Ryang.

Gil Hae Yeon, Cha Soon Bae dan Moon Sung Geun merupakan tiga nama pelakon senior yang sangat dikenali di korea , di dalam drama ini watak mereka adalah Sim Bok Ja, Song Ji Man dan Park Seung Tae. 

PROFIL DRAMA MENTAL COACH JEGAL (2022)~~

Drama Mental Coach Jegal ini diarahkan oleh pengarah hebat Son Jung Hyun yang terkenal dengan pengarahan drama Protect The Boss , Should We Kiss First dan banyak lagi.

Manakala penulis drama ini adalah seorang penulis yang sangat berbakat Kim Ban Di yang juga merupakan penulis drama Special Labor Inspector Mr. Jo dan Angry Mom.

Mental Coach Jegal bakal ditayangkan di saluran TvN bermula 12 September ini pada setiap hari isnin dan selasa.

Drama ini akan menggantikan slot drama Poong, The Joseon Psychiatrist yang masih lagi bersiaran dan akan tamat pada minggu ini.

Ramai tidak sabar untuk melihat drama ini kerana untuk melihat kembali lakonan Lee Yoo Mi , Jung Woo dan Kwon Yul.

Ampa semua jangan lupa ok tarikh tayangan drama ini , untuk yang mencari subtitle drama ini , kitaorang akan update lepas drama ini ditayangkan ok. 

Selamat menonton~~





Post a Comment

Previous Post Next Post