Profil dan Biodata Lee Seung Gi Pelakon The Law Cafe. Drama Korea yang sedang ditayangkan dan mendapat rating yang tinggi di Korea adalah The Law Cafe. Drama yang diterajui oleh pelakon yang sama padan kacak dan cantik lee seung gi dan lee se young. Hari ini kita nak kongsi dekat ampa profil dan biodata lee seung gi pelakon the law cafe.

Profil dan Biodata Lee Seung Gi Pelakon The Law Cafe


Untuk info , The Law Cafe adalah drama yang ditayangkan di saluran KBS2 bermula awal september 2022 lalu.

Lee Seung Gi yang memegang watak Kim Jeong Ho di dalam drama itu manakala Lee Se Young pula memegang watak Kim Yuri. 

PROFIL & BIODATA LEE SEUNG GI (2022)~~

Nama sebenar beliau ialah Lee Seung Gi sama seperti nama stage beliau , lahir di  Banghak-dong, Dobong District, Seoul pada 13 January 1987.

Lee Seung Gi mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Lee Seo Yeon.

Beliau terkenal dengan gelaran multi-talented kerana beliau boleh berlakon , mengacara , menyanyi dan banyak lagi.

Seung Gi debut pada 2004 setelah 2 tahun menjalani trainee di bawah penyanyi lagenda Korea Lee Sun Hee.

Lee Seung Gi debut pada ketika beliau berumur 17 tahun , lagu pertama beliau adalah Because You're My Girl , lagu ini disukai dan menjadi popular di Korea.

Banyak lagu Lee Seung Gi yang hit antaranya adalah Return , Will You Marry Mee , The Ordinary Man dan banyak lagi , ampa kena dengar sebab memang best.

Tidak hanya terkenal sebagai penyanyi hebat Lee Seung Gi juga terkenal dengan pengacaraan yang mantap , antara rancangan yang beliau jadi pengacara adalah X-Man , Master In The House , Strong Heart dan banyak lagi.

Beliau juga menerima anugerah terbesar "Daesang" untuk sumbangan beliau dalam realiti show yang beliau mengacara.

Kalau orang luar Korea mesti kenal dengan Lee Seung Gi sebagai pelakon kan , banyak drama lakonan beliau yang mendapat perhatian Korea dan luar Korea.

Antara drama beliau yang dikenali adalah Vagabond , Mouse , My Girlfriend is Gumiho dan yang paling latest The Law Cafe.

Lee Seung Gi juga sudah mempunyai kekasih yang juga seorang pelakon bernama Lee Da In.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL LEE SEUNG GI (2022)~~

Mana peminat Lee Seung Gi yang baru , ampa cepat pi follow media sosial beliau di sini > > @leeseunggi.official 

Ampa boleh tengok banyak gambar dan aktiviti harian Lee Seung Gi di sana , jangan lupa tengok The Law Cafe sampai habis ok.




Post a Comment

Previous Post Next Post