Biodata Aniq Suhair Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali. Drama Melayu yang sedang menjadi sebutan kini adalah drama yang ditayangkan di slot akasia iaitu sekali lagi cinta kembali. Kini drama melayu sudah mula menjadi perhatian netizen malaysia , beberapa drama dan pelakon malaysia digilai oleh ramai orang. Begitu juga pelakon utama drama sekali lagi cinta kembali iaitu aniq suhair. Mesti ramai nak kenali aniq suhair kan , jom baca biodata aniq suhair pelakon sekali lagi cinta kembali.


Biodata Aniq Suhair Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali


Drama Sekali Lagi Cinta Kembali merupakan drama yang menjadi fenomena dekat Malaysia sekarang ini , sama seperti Melur Untuk Firdaus.

Watak utama drama ini sepatutnya pelakon lain namun digantikkan dengan Aniq Suhair dan Siti Khadijah di saat akhir namun lakonan kedua mereka menerima pujian penonton.

BIODATA ANIQ SUHAIR (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh lahir pada 21 December 2000 di Kajang, Selangor.

Menggunakan nama stage Aniq Suhair, beliau merupakan pelakon muda Malaysia yang sedang meningkat naik.

Aniq memiliki empat orang adik beradik dan beliau adalah anak sulung , tahun 2022 beliau baru berusia 22 tahun.

Beliau juga merupakan pelajar  City University, Kuala Lumpur yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pemasaran).

Kerjaya hiburan Aniq bermula dengan apabila beliau menyertai pertandingan Hero Remaja 2019/2020 , beliau sama batch bersama Nadhir Nasar, Jabir Meftah ,Meerqeen dan ramai lagi.

Pada pertandingan itu beliau menerima anugerah Hero Favorite ,biarpun beliau tidak memenangi pertandingan itu.

PERMULAAN KERJAYA ANIQ SUHAIR (2022)~~

Setelah tamat Hero Remaja , beliau banyak menerima tawaran berlakon drama dan telefilem , drama pertama lakonan beliau adalah pada 2020 drama Kebaya Kasut Kanvas, beliau membawa watak Razi.

Tahun yang sama beliau muncul dengan drama Lelaki Lingkungan Cinta juga drama TV3 , tahun 2021 merupakan tahun yang beliau banyak berlakon drama dan telefilem.

Beliau muncul dengan 3 drama dan satu telefilem , drama yang beliau muncul adalah Tak Sempurna Mencintaimu , Budak Intern , Tahyul dan telefilem Dolla Watch Me Glow.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL ANIQ SUHAIR (2022)~~

Siapa peminat baru Aniq Suhair boleh follow official media sosial beliau di sini >> @aniqshr untuk tahu lebih banyak mengenai Aniq.

Ampa juga boleh tengok update terkini mengenai drama-drama lakonan Aniq Suhair di media sosial beliau.

Teruskan support pelakon-pelakon baru Malaysia kerana banyak mereka mempunyai bakat dalam lakonan dan terus maju jaya buat Aniq Suhair.


Post a Comment

Previous Post Next Post