Sinopsis Seasons Of Blossom Drama Korea Terbaru 2022. Drama terbaru Korea untuk 2022 adalah drama sekolah yang dibarisi oleh pelakon -pelakon hebat. Tidak hanya itu, jalan cerita drama ini sangat unik dan lain dari drama yang lain. Drama korea terbaru ini bertajuk seasons of blossom , jom kita semua pergi baca sinopsis seasons of blossom drama korea terbaru 2022.

Sinopsis Seasons Of Blossom Drama Korea Terbaru 2022


Drama Korea jikalau berkaitan sekolah selalunya best dan seronok untuk tengok macam siri School 2013, School 2017 , School 2021 , Dream High dan banyak lagi. 

Seasons Of Blossom dibarisi oleh pelakon hebat dan pelakon baru yang sudah mempunyai nama, mesti ampa semua nak taw kan sapa, sabar , baca dekat bawah.

SINOPSIS SEASONS OF BLOSSOM (2022)~~

Mengisahkan tentang Pada tahun 2016, Lee Ha-Min (Seo Ji-Hoon) dan Han So-Mang (So Ju-Yeon) bersekolah di Sekolah Menengah Seoyeon. 

Mereka merahsiakan persahabatan mereka daripada orang lain. Lee Ha-Min kelihatan seperti orang yang cerah, tetapi terdapat juga kegelapan dalam fikirannya. 

Han So-Mang seorang yang berhati hangat, tetapi dia juga agak pemalu. 

Semasa mereka menikmati zaman sekolah menengah, sesuatu berlaku kepada mereka dan ini membawa kepada kematian Lee Ha-Min.

Pada hari ini dan selepas enam tahun, Han So-Mang kembali ke Sekolah Menengah Seoyeon sebagai guru pelatih. 

Di sana, dia bertemu Lee Jae-Min (Kim Min-Kyu), yang merupakan adik kepada Lee Ha-Min. Lee Jae-Min ingin mengetahui lebih lanjut tentang abangnya dan kematiannya. 

Pelajar lain di sekeliling mereka termasuk Yoon Bo-Mi (Kang Hye-Won), seorang pelajar model yang manis, 

Choi Jin-Young (Yoon Hyun-Soo), yang suka bermain permainan dan mempunyai personaliti yang halus, dan Kang Sun-Hee ( Oh Yu-Jin (1999)), 

yang nampaknya mempunyai personaliti yang kuat, tetapi dia sebenarnya berhati lembut.

BARISAN PELAKON SEASONS OF BLOSSOM (2022)~~

Barisan pelakon yang membintangi drama seasons of blossom adalah pelakon cantik So Ju Yeon yang membawa watak Han So Mang.

Kalau sapa rajin tengok drama Korea mesti tengok So Ju Yeon banyak bawa watak budak sekolah even dia dah 30 tahun , sebab muka dia babyface.

Pelakon lelaki utama di dalam drama ini adalah pelakon meningkat naik Seo Ji Hoon , beliau membawa watak Lee Ha Min di dalam drama ini.

Seterusnya adalah pelakon baru Kim Min Kyu berlakon di dalam drama ini sebagai Lee Jae Min, ini merupakan drama kedua beliau setelah Idol:The Coup.

Drama ini menjadi drama debut buat penyanyi idola dari kumpulan Izone iaitu Kang Hye Won, di dalam drama ini beliau membawa watak Yoon Bo Mi.

Turut sama membintangi drama ini adalah pelakon kacak Yoon Hyun Soo dan pelakon cantik Oh Yu Jin masing-masing membawa watak Choi Jin Young dan Kang Sun Hee.

PROFIL DRAMA SEASONS OF BLOSSOM (2022)~~

Drama Seasons of Blossom ini meruapakan drama yang diadaptasi dari web komik Chungchun Blossom yang keluar pada 2020.

Tarikh tayangan drama ini baru sahaja berlangsung iaitu 21 September yang lalu dan dijangka akan berakhir pada 2 november ini.

Jumlah keseluruhan drama ini adalah 16 episod , ditayangkan selama 25 minit satu episod di saluran Wavve.

Untuk yang nak tengok drama ini yang ada subtitle boleh tengok dan download di sini >> SEASONS OF BLOSSOM (SUBS)

Teruskan support drama ini ok , yang mana dah tengok drama ini komen pendapat korang mengenai drama ini di bawah.

Selamat menonton~~



Post a Comment

Previous Post Next Post