Lagu Tugasan Minggu ke 3 Peserta Gegar Vaganza 9. Minggu ini merupakan minggu ke 3 rancangan yang sedang menjadi sebutan netizen Malaysia iaitu Gegar vaganza. Satu rancangan yang menampilkan penyanyi-penyanyi lama tanah air. Minggu kedua kita dapat saksikan rata-rata peserta membuat persembahan lagu tugasan dengan begitu baik, bagaimana pula lagu tugasan minggu ke 3.Jom ramai-ramai kita baca lagu tugasan minggu ke 3 peserta gegar vaganza 9.

Lagu Tugasan Minggu ke 3 Peserta Gegar Vaganza 9

Pada malam ahad yang lalu kita dapat saksikan persembahan dari kesemua 13 peserta gegar vaganza 9 , ada yang membuat persembahan memukau dan ada yang membuat persembahan biasa.

Malam itu , kita dapat saksikan Kak Lina Pom Pom bergabung dengan Danial yang menggantikan Nabil untuk menggemudikan rancangan GV9 minggu 3.

Minggu ke 2 yang lalu kita dapat lihat tema "Malar Segar Mekar Membara" dipersembahkan oleh para peserta.

Tidak seperti minggu pertama yang temanya Lagu Sendiri , minggu ini hanya seorang sahaja yang mendapat markah 80% dari juri iaitu Tomok.

Tempat kedua pada minggu ke2 diperolehi oleh Hazrul Nizam yang menyanyikan lagu 'Untukmu Ibu" , beliau memperoleh markah 79.80%.

Shila Amzah yang mendapat tempat kedua minggu pertama turun satu anak tangga mendapat tempat ketiga dengan 78.90% markah.

Jaclyn Victor pula pada minggu kedua ini mendapat tempat ke 5 pada minggu ke 2 dengan markah 74.40%.

Malam Ahad yang lalu juga kita saksikan ada penyingkiran pertama di mana Roy Kapilla terpaksa meninggalkan pentas GV9.

Agak- agak minggu ke 3 dengan tema "Lagu Pilihan Netizen" siapa yang akan menjadi Juara minggu ke 3 dan siapa yang akan tersingkir ? kena tengok Ahad ni, jom tengok lagu apa yang akan dipersembahkan oleh peserta minggu 3 nanti.


LAGU TUGASAN MINGGU 3 GEGAR VAGANZA 9~~


JACLYN VICTOR - Perawan Atau Janda dari Cita Citata

SHILA AMZAH - Secangkir Madu Merah dari Amelina

TOMOK - Hukum Karma dari Wings

DINA NADZIR - Laksmana Raja Di Laut dari Lyeth Bustami

BOB YUSUF - Zalikha dari Floor 88

PAT CANDY - Cinta Gila dari Juliana Banos

HAIDA - Nang dari Iman Troye

HAZRUL NIZAM - Fatwa Pujangga dari S. Effendi

V.E. - Dari Sinar Mata dari Bumi Putra Rockers

ASHEED DEF GAB C - Yang Penting Hepi dari Jamal Mirdad

TOM - Goyang Inul dari Inul Daratista

FUAD RAHMAN - Gadis Melayu dari Othman Hamzah


Minggu ke 3 ini pastinya kita akan dapat lihat pelbagai persembahan yang menarik dari peserta-peserta kerana lagu persembahan kesemuanya best.

Buat peminat Gegar Vaganza 9 korang jangan lupa teruskan undian untuk peserta kegemaran korang untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan.

Jangan lupa tunggu malam Ahad ini jam 9 Malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post