Biodata Hazrul Nizam Peserta Gegar Vaganza 9. Gegar Vaganza 9 kali ini mencetuskan fenomena dengan kehadiran peserta-peserta yang berstatus legend dan popular. Gegar Vaganza 9 kali ini penuh dengan persembahan menarik dari peserta-peserta. Hari ini kita nak kongsi dekat ampa biodata salah seorang peserta yang namanya semakin menjadi sebutan iaitu Hazrul Nizam , jom kenali biodata hazrul nizam peserta gegar vaganza 9.

Biodata Hazrul Nizam Peserta Gegar Vaganza 9


Nama Hazrul Nizam mula meniti di mulut peminat-peminat Gegar Vaganza apabila beberapa minggu ini beliau membuat persembahan dengan begitu bertenaga dan baik sekali.

Ahad minggu ke 5 Hazrul Nizam membuat persembahan bersama artis jemputan yang merupakan Juara Gegar Vaganza 7 iaitu Naqiu dan persembahan mereka menjadi viral di media sosial.

Jom kita kenali dengan lebih dekat Hazrul Nizam ok.

BIODATA HAZRUL NIZAM GEGAR VAGANZA 9~

Nama sebenar beliau adalah Mohamad Hazrulnizam Bin Taib lahir di Singapura , menggunakan nama stage Hazrul Nizam.

Hazrul Nizam merupakan pemegang Barchelor Of Arts In Pschology And Human Resource Management dari Universiti Murdoch.

Beliau merupakan seorang penyanyi di Singapura dan juga merupakan seorang ejen hartanah profesional.

Terkenal dengan lagu Kaulah Segalanya , selepas menyertai Gegar Vaganza 9 namanya kembali menjadi sebutan.

Hazrul Nizam juga merupakan pemenang Artis Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2004.

Beliau berumur 42 tahun pada 2022 dan masih belum berkahwin.

Buat peminat baru Hazrul Nizam , korang boleh follow official media sosial beliau di sini >>@azruul

Teruskan support kerjaya Hazrul Nizam sebagai penyanyi dan peserta Gegar Vaganza 9.

Post a Comment

Previous Post Next Post