Sinopsis Curtain Call Drama Lakonan Kang Ha Neul dan Ha Ji Won. Drama terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi merupakan gandingan yang cukup mantap dari hero dan heroinnya iaitu Kang Ha Neul dan Ha Jiwon. Ini merupakan pertama kali mereka berdua digandingkan di dalam sebuah drama , jom baca sinopsis curtain call lakonan kang ha neul dan ha ji won.

Sinopsis Curtain Call Drama Lakonan Kang Ha Neul dan Ha Ji Won


Ha Jiwon merupakan salah seorang pelakon wanita yang top di Korea , beliau terkenal dengan drama Secret Garden dan The King 2 Hearts.

Manakala Kang Ha Neul pula merupakan pelakon lelaki yang meningkat naik nama beliau, beliau terkenal dengan drama When the Camellia Blooms dan Scarlet Heart.

Gandingan mereka berdua di dalam drama Curtain Call ini menjadi tumpuan dan ramai tidak sabar untuk melihat keserasian di antara mereka berdua.

SINOPSIS CURTAIN CALL (2022)~~

Menceritakan tentang Yoo Jae-Heon (Kang Ha-Neul) bekerja sebagai pelakon untuk kumpulan teater tempatan. 

Walaupun dia berasal dari latar belakang yang miskin, dia seorang yang cerdas dan optimis dengan harga diri yang tinggi.

 Moto beliau adalah untuk melakukan apa yang anda mahu. Pada suatu hari, seorang lelaki tua meminta Yoo Jae-Heon bermain sebagai cucu kepada seorang wanita tua.

 Cucu wanita tua itu berpaling tadah dari Korea Utara. Ini mengubah kehidupan Yoo Jae-Heon.

PROFIL DRAMA CURTAIN CALL ~~

Drama Curtain Call akan ditayangkan di saluran KBS2 pada 31 Oktober 2022 ini dan dijangka tamat pada 20 December ini.

Jumlah keseluruhan drama Curtain Call adalah 16 episod , drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Yoo Sang Hoo.

Hari dan masa tayangan drama ini adalah pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 50 malam KST

Jangan lupa tarikh tayangan drama ini ok pada 31 Oktober.

Post a Comment

Previous Post Next Post