Keputusan Penuh Markah Minggu ke 5 Gegar Vaganza 9. Hari Ahad yang lepas kita telah saksikan persembahan yang cukup bertenaga dari semua peserta-peserta Gegar Vaganza 9. Minggu ke 5 Gegar Vaganza 9 yang bertemakan artis jemputan berjaya membuat penonton seperti berada di konsert yang dihadiri oleh penyanyi hebat. Jom kita baca keputusan penuh markah minggu ke 5 gegar vaganza 9.

Keputusan Penuh Markah Minggu ke 5 Gegar Vaganza 9


Pada malam Ahad yang lalu sebanyak 22 penyanyi yang melakukan persembahan di atas pentas, 11 peserta dan 11 lagi adalah penyanyi jemputan.

Nabil Ahad kembali menjadi pengacara pada minggu ke 5 setelah berehat satu minggu kerana permergian ayah beliau.

Keserasian antara Kak Lina Pom Pom bersama Nabil pada malam itu berjaya membuat penonton di studio dan rumah terhibur dan menghidupkan lagi minggu itu.

Minggu ke 5 sekali lagi Jaclyn Victor menunjukkan taring beliau apabila mendapat markah 92.40% markah tertinggi sepanjang gegar vaganza 9 ini.

Jaclyn Victor membuat persembahan dengan Aina Abdul dengan menyampaikan lagu Cinta dari Marsha Milan, dengan markah itu menempatkan Jaclyn di tempat pertama minggu ke 5.

Di tempat kedua minggu ke 5 adalah Shila Amzah yang membuat persembahan dengan begitu bertenaga bersama Mimifly , mereka mendapat markah 82.20%.

Fuad Rahman sekali lagi menunjukkan kebolehan beliau dengan membuat persembahan bersama Naqiu dengan sangat hebat , beliau mendapat markah 81.70%.

Tempat ke 4 minggu ini adalah Bob Yusuf yang menyanyikan lagu Ombak Rindu bersama Zizi Kirana, persembahan mereka yang sweet berjaya mendapat markah 81.40%.

Tomok berjaya mendapat markah 76.40% dengan persembahan yang mantap bersama Suki Low dengan lagu Mawarku.

Seterusnya Tom berjaya mendapat tempat ke 6 dengan markah 76.40% beliau membuat persembahan bersama Muss.

Beza sedikit sahaja markah ,VE mendapat tempat ke 7 dengan markah 76.00% mereka membuat persembahan bersama Nikki Palikat.

Hazrul Nizam membuat persembahan bersama Liza Hanim dan mereka memperolehi 73.90% dengan lagu Haram.

Bottom 3 pada minggu ke 5 adalah Dina Nadzir , Asheed Def Gab C dan Pat Candy, Dina mendapat 67.60% , beliau membuat persembahan bersama Kaka Azraff.

Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider dan mendapat markah 66.20% manakala di tempat terakhir adalah Pat Candy yang berduet bersama Aepul Drama Band dan mendapat 58.40%.

Minggu 5 merupakan minggu terakhir untuk Pat Candy apabila tersingkir pada minggu itu dan 10 peserta lain mara ke peringkat seterusnya.

Teruskan support kesemua peserta Gegar Vaganza 9 ok , nantikan minggu ke 6 pada hari ahad ini~~



Post a Comment

Previous Post Next Post