Profil dan Biodata Son Ho Jun Pelakon The First Responders. Untuk segmen biodata artis Korea hari ini , una nak kongsi dekat korang biodata pelakon lelaki kacak yang popular dengan drama Go Back Couple bersama Jang Nara. Beliau muncul dengan drama terbaru iaitu The First Responders yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Sebelum itu, jom kita kenali biodata son hu jun pelakon the first responders.

Profil dan Biodata Son Ho Jun Pelakon The First Responders



Nama Son Ho Jun mula dikenali setelah drama Go Back Couple ditayangkan pada 2017, ramai memuji keserasian antara Son Ho Jun bersama Jang Nara. 

BIODATA SON HO JUN (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Son Ho-Joon namun menggunakan ejaan nama stage beliau Son Ho Jun, beliau lahir pada 27 June 1984 di Gwangsan, South Jeolla, Korea Selatan.

Beliau merupakan bekas pelajar University Songwon dalam jurusan Entertainment, tahun 2022 beliau berusia 38tahun.

Memulakan karier lakonan pada tahun 2006 apabila beliau membintangi drama Jump 2 yang merupakan drama education.

Kemudiannya beliau debut sebagai penyanyi di dalam kumpulan Tachyon pada 2007 , beliau menjadi ketua untuk kumpulan itu namun selepas release satu lagu , kumpulan itu disband.

Son Ho Jun kemudiannya kembali berlakon , beliau membintangi drama The Shanghai Brothers dan debut sebagai pelakon filem di dalam filem Death Bell.

Nama beliau mula dikenali peminat drama apabila membintangi drama hit Coffee House , selepas membintangi drama ini beliau memasuki latihan ketenteraan pada 2010.

Kembali semula pada 2013 dengan membintangi drama Reply 1994, drama ini menjadi tunjang populariti Son Ho Jun.

Watak yang dibawa beliau di dalam drama Reply 1994 berjaya membuat penonton menyukai beliau dan beliau semakin diminati ramai orang.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL SON HO JUN ~~

Oleh kerana beliau semakin dikenali so buat peminat baru beliau jangan lupa follow official media sosial beliau >> 손호준 SON HO JUN

Boleh juga follow official youtube beliau di sini >> 손호준 , beliau baru sahaja membuka youtube so cepat-cepat subscribe ok.

Tahun 2022 beliau kembali dengan drama The First Responders bersama dengan pelakon kacak Kim Rae Won dan pelakon cantik Gong Seung Yeon.

Jangan lupa support taw~~

Post a Comment

Previous Post Next Post