Lagu Tugasan Minggu ke 7 Peserta Gegar Vaganza 9. Malam Ahad yang lepas telah berlangsungnya minggu ke 6 gegar vaganza 9 dengan begitu meriah dan jayanya. Kesemua peserta membuat persembahan dengan begitu baik sekali dan berjaya mendapat pujian dari juri pada malam itu. Ahad ini sekali lagi kita akan memasuki minggu ke 7 gegar vaganza 9 jadi jom kita tengok lagu tugasan minggu ke 7 peserta gegar vaganza 9.

Lagu Tugasan Minggu ke 7 Peserta Gegar Vaganza 9


Minggu lepas kita saksikan Tomok berjaya merampas kedudukan tempat pertama dengan persembahan yang cukup memukau , beliau memperoleh markah 84.00% .

Di tempat kedua adalah Jaclyn Victor yang mendapat markah 82.40% manakala Shila Amzah pula di tempat ke 3 dengan markah 76.60%.

Hampir kesemua peserta menunjukkan peningkatan mendadak dalam persembahan mereka, pada malam itu Dina Nadzir dikecualikan dari membuat mempersembahan kerana baru sahaja kehilangan ayah beliau.

Lagu yang sepatutnya dinyanyikan Dina pada malam itu dinyanyikan oleh 3 peserta perempuan iaitu Jaclyn Victor , Tom dan Shila Amzah.

Agak-agak siapakah yang akan mendapat tempat pertama pada malam Ahad ini dan apa lagu yang akan dipersembahkan oleh peserta pada malam itu.

LAGU TUGASAN MINGGU 7~~

Tema minggu ke 7 adalah Merentas Masa Kencang Selamanya , para peserta diminta untuk menyanyikan lagu dahulu , bagaimanakan persembahan mereka semua?.


VE - BELAIAN JIWA (CAREFREE)

SHILA AMZAH - KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU (RAMLAH RAM)

JACLYN VICTOR - DI MANA KAN KU CARI GANTI (TAN SRI P. RAMLEE)

TOM - AKHIRNYA KINI PASTI (ANITA SARAWAK)

HAZRUL NIZAM - AZIZAH (TAN SRI P.RAMLEE)

BOB YUSUF- KASIH (SUDIRMAN)

ASHEED DEF GAB C - PAGI YANG GELAP (HUJAN)

FUAD RAHMAN - HARI INI DAN SEMALAM (J.MIZAN)

TOMOK - KENANGAN LALU (FLYBAITS)

DINA NADZIR - LADY MARMALADE (LABELLE)


Agak-agak siapakah peserta yang akan layak untuk minggu seterusnya dan siapakah yang terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza ini.

Korang jangan lupa teruskan undian korang dan teruskan support kesemua peserta dengan memberi semangat kepada mereka.

Jangan lupa Ahad Jam 9 Malam ini , pastinya persembahan memukau dari para peserta.




Post a Comment

Previous Post Next Post