Sinopsis The First Responders Dibintangi Oleh Kim Rae Won dan Son Ho Jun. Drama terbaru yang dibintangi oleh pelakon hebat Korea bakal menemui penonton tidak lama lagi. Dibintangi oleh dua figura hebat iatu Kim Rae Won dan So Ho Jun di dalam drama The First Responders menjadi sebutan peminat fanatik drama Korea. Dibawah korang boleh tengok sinopsis the first responders dibintangi oleh kim rae won dan son ho jun.

Sinopsis The First Responders Dibintangi Oleh Kim Rae Won dan Son Ho Jun



Untuk info, Kim Rae Won merupakan salah seorang pelakon top di Korea, beliau terkenal dengan drama Doctors bersama Park Shin Hye.

Son Ho Jun pula pelakon yang cukup dikenali di Korea di dalam drama Reply 1994 dan kalau di luar Korea beliau terkenal dengan drama Was It Love ? bersama bintang Running Man Song Ji Hyo.

Drama ini turut diterajui oleh pelakon meningkat naik Gong Seung Yeon , beliau terkenal dengan drama Are You Human? dan beliau juga terkenal sebagai kakak kepada bintang idola popular TWICE Jeongyeon.

SINOPSIS THE FIRST RESPONDERS (2022)~~

Menceritakan tentang pekerja di balai polis dan balai bomba bekerjasama untuk menyelesaikan kes.

Jin Ho-Gae (Kim Rae-Won) bekerja sebagai detektif yang menjalankan tugasnya dengan baik namun 
dia tidak mesra apabila bercakap dengan orang, tetapi dia menyelesaikan kes dengan kebolehannya

 yang sangat baik untuk memahami adegan jenayah, membaca fikiran penjenayah dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menang.

Bong Do-Jin (Son Ho-Jun) bekerja sebagai ahli bomba dia bersemangat dengan kerjanya. 

Dia kelihatan dingin kepada orang, tetapi dia baik kepada orang di sekelilingnya dan dia menjaga mangsa dengan baik. 

Dia bergegas ke tapak api tanpa teragak-agak. Song Seol (Gong Seung-Yeon) bekerja sebagai paramedik. Dia mempunyai hati yang hangat.

PROFIL DRAMA THE FIRST RESPONDERS (2022)~~

Drama The First Responders ini merupakan drama yang ditayangkan di saluran SBS bermula pada 12 November ini. 

Pengarah drama ini adalah pengarah Shin Kyung Soo yang juga merupakan pengarah drama popular seperti Nokdo Flower, Joseon Exorcist.

Bakal ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10 malam dan drama ini juga dijangka tamat pada 17 December ini. 

Korang yang mana nak tengok drama ini boleh tengok di sini >> THE FIRST RESPONDERS SUBTITLE

Post a Comment

Previous Post Next Post