Sinopsis Reborn Rich Lakonan Song Jong Ki dan Shin Hyun Bin. Drama terbaru dari pelakon popular Song Jong Ki akan menemui penonton tidak lama lagi. Song Jong Ki yang terkenal dengan drama Descendants of the Sun dan Vincenzo kembali menemui peminat drama untuk 2022 dengan drama reborn rich, lakonan beliau bersama pelakon cantik shin hyun bin. Jom baca sinopsis reborn rich lakonan song jong ki dan shin hyun bin.

Sinopsis Reborn Rich Lakonan Song Jong Ki dan Shin Hyun Bin


Drama Reborn Rich ini merupakan drama kedua yang dibintangi Song Jong Ki untuk tahun 2022 , beliau membuat 'cameo' di dalam drama Little Women di episod 2.

Reborn Rich merupakan drama yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat serta jalan cerita yang lain dari drama lain.

SINOPSIS REBORN RICH (2022)~~

Mengisahkan tentang Yoon Hyun-Woo telah bekerja untuk Konglomerat Soonyang selama lebih daripada 10 tahun. 

Tugasnya terutamanya terdiri daripada menjaga keluarga yang menjalankan syarikat.

 Kerjanya sama seperti seorang hamba, tetapi dia dituduh melakukan penyelewengan oleh keluarga konglomerat. 

Dia kemudiannya dibunuh oleh anak bongsu mereka Jin Do-Joon. Detik seterusnya, Yoon Hyun-Woo mendapati dirinya berada dalam tubuh anak bongsu keluarga Jin Do-Joon. 

Dia memutuskan untuk membalas dendam terhadap keluarga Konglomerat Soonyang dan juga menjalankan syarikat itu.

Pelbagai cerita yang terjadi dalam proses membalas dendam Yoon Hyun Woo , rahsia demi rahsia beliau ketahui.


BARISAN PELAKON REBORN RICH (2022)~~

Drama Reborn Rich ini dibintangi oleh banyak pelakon senior yang berbakat dan pelakon baru yang hebat berlakon dan meningkat populariti.

Watak utama drama ini kita sedia tahu yang Song Jong Ki membawa dua watak di dalam drama ini iaitu Yoon Hyun-Woo / Jin Do-Joon.

Pelakon cantik Shin Hyun Bin merupakan heroin di dalam drama ini , beliau membawa watak Seo Min Young.

Selain itu, pelakon senior Lee Sung Min turut sama membintangi drama reborn rich ini sebagai Jin Yang Cheol.

Yoon Je Moon yang juga merupakan pelakon lelaki yang banyak membintangi filem , kali ini di dalam drama ini beliau membawa watak Jin Yoon Ki.

Pelakon cantik Seo Jae Hee berlakon di dalam drama ini sebagai Yoo Ji Na manakala pelakon drama Snowdrop Kim Jung Nan membintangi drama ini sebagai Son Jung Rae.

Specialnya drama ini adalah kemunculan ahli kumpulan SNSD Tiffany di dalam drama ini , beliau tidak pernah berlakon drama Korea kali ini beliau membawa watak Rachel.

PROFIL DRAMA REBORN RICH (2022)~~

Drama Reborn Rich bakal ditayangkan di saluran JTBC bermula dari 18 November 2022 , masa dan hari tayangan adalah Jumaat dan Ahad jam 10:30 malam.

Jumlah keseluruhan drama Reborn Rich adalah 16 episod dan dijangka akan tamat pada 23 December 2022.

Reborn Rich juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel web korea iaitu 'Chaeboljib Maknaeadeul' yang release pada 2018.

Tayangan selama 1 jam so ampa semua jangan lupa ok bila drama ini mula ditayangkan , drama ini bertema business, drama, fantasi dan romance.

Jangan lupa tengok ok ~

Post a Comment

Previous Post Next Post