Nam Joo Hyuk Umumkan Tarikh Masuk Latihan Ketenteraan. Pelakon kacak Nam Joo Hyuk hari ini telah mengumumkan tarikh beliau akan menjalani latihan ketenteraan. Nam Joo Hyuk merupakan pelakon lelaki popular dengan drama  Weightlifting Fairy Kim Bok-joo , Start Up dan Twenty Five Twenty One menerusi agensi beliau mengumumkan tarikh yang official. 

Nam Joo Hyuk Umumkan Tarikh Masuk Latihan Ketenteraan


Tarikh 17 Oktober menerusi Management SOOP memberitahu bahawa December 2022 ini merupakan bulan Nam Joo Hyuk akan memasuki askar.

Untuk info, semua lelaki di Korea di wajibkan untuk menjalani latihan ketenteraan tidak kira mereka artis ataupun orang biasa.

Kecuali sekiranya mereka ada sakit yang tidak membolehkan mereka melakukan aktiviti berat , ini dibenarkan mereka untuk tidak menjalani latihan ketenteraan.

Tempoh masa untuk seseorang itu menjalani latihan ketenteraan adalah selama 18 dan 21 bulan , dalam tempoh itu mereka akan duduk di dalam kem dan jalani latihan seperti askar. 

Begitu juga Nam Joo Hyuk beliau yang lahir pada 1994 akan mula menjalani latihan ketenteraan pada December ini dan akan keluar pada kemungkinan 2024.

Aktiviti seni Nam Joo Hyuk akan bertangguh sehingga beliau keluar namun jangan risau , Nam Joo Hyuk akan muncul di dalam filem baru yang akan keluar pada 26 October.

Filem terbaru Nam Joo Hyuk adalah bertajuk Remember, beliau membintangi filem ini bersama pelakon senior  Lee Sung Min, Jung Man Sik dan Park Geun Hyung.

Jangan lupa support filem terbaru dari Nam Joo Hyuk sebelum beliau masuk latihan ketenteraan.

Post a Comment

Previous Post Next Post