Lagu Tugasan Minggu ke 5 Peserta Gegar Vaganza 9. Minggu lepas merupakan minggu ke 4 Gegar Vaganza 9 berlangsung di mana peserta-peserta membuat persembahan dengan tema Aman Di Mata Damai Di Hati. Persembahan pada malam itu sangat menghiburkan kerana kebanyakan peserta gegar vaganza berjaya membawa lagu tugasan minggu itu dengan baik sekali. Jom kita tengok lagu tugasan minggu ke 5 peserta gegar vaganza 9.

Lagu Tugasan Minggu ke 5 Peserta Gegar Vaganza 9


Minggu ke 4 hari itu , Jaclyn Victor berjaya merampas kembali tempat pertama apabila beliau membuat persembahan yang sangat mantap dengan lagu You Raise Me Up.

Selain itu, persembahan Bob Yusuf pada minggu ke 4 juga mendapat pujian dari juri dan penonton , Bob berjaya membawakan lagu Summayah dengan begitu merdu sekali.

Siapakah pula  yang akan mendapat tempat pertama pada minggu ke 5 kali ini dan berapa penyingkiran yang akan berlaku , kena tunggu malam ahad ini.

Tema untuk minggu ke 5 adalah Ku Seru Lagu Bertamu di mana para peserta akan membuat persembahan dengan artis jemputan.

Berbeza dengan musim-musim sebelum ini , kebanyakan artis jemputan yang hadir pada kali ini agak berlainan dan ramai tidak sabar untuk melihat keserasian antara peserta dengan artis jemputan kali ini.

LAGU TUGASAN MINGGU KE 5 ~

JACLYN VICTOR - CINTA bersama AINA ABDUL (Lagu Marsha)

SHILA AMZAH - TAMPARAN WANITA bersama MIMIFLY (Lagu Elite)

BOB YUSUF - OMBAK RINDU bersama ZIZI KIRANA (Lagu Hafiz Shuib & Adira)

TOMOK - MAWARKU bersama SUKI LOW (Lagu Panca Sitara & P. Ramlee Quartet)

DINA NADZIR - KARMA bersama KAKA AZRAFF (Lagu Cokelat)

HAZRUL NIZAM - HARAM bersama LIZA HANIM (Lagu Hael Husaini & Dayang Nurfaizah)

VE - HANYA MEMUJI bersama NIKKI PALIKAT (Lagu Marcell & Shanty)

FUAD RAHMAN - GEMURUH bersama NAQIU (Lagu Search & Wings)

PAT CANDY - BABAK PERTAMA bersama AEPUL ROZA (Lagu Drama Band)

TOM - SENJA NAN MERAH bersama MUSS (Lagu Dato Awie & Ziana Zain)

ASHEED DEF GAB C - ANGIN bersama TAM SPIDER (Lagu Dewa 19)

Hebat-hebat kan semua artis jemputan kali ini so ampa semua jangan miss taw hari Ahad ini jam 9 malam di Astro Ria.

Pastinya pada malam itu akan ada banyak elemen kejutan dari peserta dan artis jemputan dan teruskan mengundi artis kegemaran korang.

Good luck semua ~

Post a Comment

Previous Post Next Post