Profil , Sinopsis Connect Lakonan Jung Hae In. Drama terbaru dari pelakon lelaki popular Jung Hae In akan menemui penonton tidak lama lagi. Drama bertajuk 'Connect' adalah drama yang menggandingkan Jung Hae In bersama Go Kyung Po dan Kim Hye Joon. Jom kita baca profil, sinopsis connect lakonan jung hae in.

Profil, Sinopsis Connect Lakonan Jung Hae In


Drama Connect merupakan drama terbaru dari Jung Hae In untuk 2022 setelah drama Snowdrop dan D.P, ramai peminat setia Hae In tidak sabar untuk melihat drama ini.

Connect adalah drama yang diadaptasi dari komik web yang bertajuk 'Connect' , yang keluar pada 14 May 2019.

SINOPSIS CONNECT (2022)~~

Mengisahkan tentang Sebuah karya yang menggambarkan kisah misteri seorang lelaki yang telah dilucutkan sebahagian daripada tubuhnya oleh pemburu organ dan menjadi 'terhubung' dengan orang yang telah menerima pemindahan organ.

Jung Hae In membawa watak Dong Soo, seorang Connect yang kehilangan pandangan selepas diculik oleh pemburu organ.

 Apabila dia mengetahui bahawa matanya telah dipindahkan kepada pembunuh bersiri, Dong Soo secara tidak sengaja terjerat dalam kes pembunuhan.

PROFIL DRAMA CONNECT (2022)

Drama ini akan ditayangkan di saluran Disney+ bermula December ini , sedutan tayangan drama ini ditayangkan di Busan International Film Festival yang lalu.

Jumlah keseluruhan drama Connect ini adalah 6 episod dan kesemua episod telah tamat pengambarannya tahun ini.

Uniknya drama ini adalah ia diarahkan oleh pengarah dari japan iaitu Takashi Miike yang merupakan pengarah yang banyak mengarah filem hebat.


Jangan lupa ok tayangan perdana episod 1 drama Connect pada bulan December 2022 ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post