Alchemy Of Souls Kembali Dengan Musim ke 2, Jalan Cerita Yang Lebih Menarik. Drama yang mencipta fenomena pada musim pertama iaitu Alchemy Of Souls kembali untuk musim kedua. Alchemy Of Souls adalah drama yang menggandingkan pelakon kacak Lee Jae Wook dan pelakon cantik Jung So Min sebagai watak utama.

Alchemy Of Souls Kembali Dengan Musim ke 2, Jalan Cerita Yang Lebih Menarik


Untuk musim pertama, ia mengisahkan tentang percintaan fantasi berlatarkan negara Daeho, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah mahupun di dalam peta.

Drama ini ditulis oleh penulis yang sangat hebat di Korea dan dikenali sebagai 'Hong Sisters', kali ini mereka kembali untuk lebih menarik jalan cerita.

Musim kedua ini , Lee Jae Wook akan kembali membawa watak sebagai Jang Wook, yang terselamat selepas ditolak ke ambang maut pada penghujung musim pertama. 

Tiga tahun kemudian, Jang Wook berpakaian serba hitam, memancarkan aura menakutkan sebagai “raksasa yang memburu raksasa. ”

Jung So Min yang sebelum ini memegang watak Mu Deok tapi untuk musim kedua pelakon baru Go Yoon Jung membawa watak sebagai Nak Soo.

Watak Nak Soo sebelum ini mendiami mayat Mu Deok pada musim pertama, namun mungkin ada kejutan berlaku adakah Jung So Min akan kembali dengan watak sama atau watak baru.

Ahli kumpulan Oh My Girl Arin dan Nuest Mihyun kekal dengan watak mereka iaitu Seo Yul untuk Mihyun manakala Arin membawa watak Yoo In Soo.

Alchemy Of Souls musim kedua bertajuk "Alchemy of Souls: Light and Shadow" akan mula bersiaran pada 10 December ini.

Jumlah keseluruhan episod musim kedua adalah 10 episod dan dijangka akan berakhir pada 8 Januari 2023.

Tayangan drama ini adalah di saluran Netflix pada setiap hari Sabtu dan Ahad , jangan lepas taw tayangan perdana.


Post a Comment

Previous Post Next Post