Biodata Tom Peserta Gegar Vaganza 9. Gegar Vaganza 9 baru sahaja melabuhkan tirai namun bahang masih lagi kuat apabila peminat-peminat setia peserta GV9 masih support artis kegemaran mereka. Kita telah saksikan Jaclyn Victor menjadi juara untuk musim ke 9 seperti yang di jangkakan. Hari ini kita nak kongsi dekat ampa mengenai biodata salah seorang peserta GV9 , jom kita baca biodata tom peserta gegar vaganza 9.

Biodata Tom Peserta Gegar Vaganza 9


Tom juga merupakan salah seorang peserta yang mempunyai fanbase yang kuat semasa di GV , nama beliau mula menjadi sebutan setelah menyertai rancanganGV9 ini.

BIODATA TOM GEGAR VAGANZA 9~

Nama sebenar beliau adalah Raja Farah Afzal Binti Raja Ikram lahir pada 31 Oktober 1986 di Taiping Perak.

Menggunakan beberapa nama stage seperti Tom My Starz LG dan Tom , beliau adalah seorang penyanyi dan pelakon.

Tom memasuki dunia seni bermula pada tahun 2010 apabila beliau menyertai rancangan My Starz LG dan beliau merupakan juara rancangan itu.

Lagu beliau yang popular adalah Redha dan Untuk Kuala Lumpur , beliau juga merupakan penyanyi bersama kumpulan Hypnorush.

Tom merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki 2 orang cahaya mata.

Korang yang mana nak tahu mengenai aktiviti seni Tom setelah gegar vaganza boleh follow official media sosial beliau.

Boleh follow disini >> @King Tom , beliau mempunyai 14 ribu pengikut di sana, jangan lupa follow dan support ok.

Teruskan support kerjaya seni Tom yang baru nak mula kembali ok semua.










Post a Comment

Previous Post Next Post