Markah Penuh Minggu Akhir Gegar Vaganza 9. Ahad yang lepas telah berlangsungnya final gegar vaganza 9 dengan penuh meriah sekali. Setelah bertarung sesama mereka selama 11 minggu akhirnya semalam telah diketahui siapa yang membawa pulang gelaran juara gegar vaganza musim 9. Setiap musim gegar vaganza sentiasa mendapat tumpuan dari mula sehingga minggu akhir , jom kita tengok markah penuh minggu akhir gegar vaganza 9.

Markah Penuh Minggu Akhir Gegar Vaganza 9


Kita telah ketahui pada malam Final Gegar Vaganza 9 siapakah yang merangkul kedudukan juara iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah Jaclyn Victor.

Sejak nama beliau diumumkan menyertai rancangan ini , semua orang sudah menjangkakan yang beliau akan menjadi juara dan ternyata ia benar.

Jaclyn Victor berada di tempat pertama dengan markah 85.86% , pada malam final itu beliau menyampaikan lagu It's All Coming Back To Me Now & This Is Me dengan begitu bertenaga.

Naib Juara Gegar Vaganza 9 jatuh kepada Bob Yusuf dengan markah 76.28% , persembahan Bob pada malam minggu akhir sangat terbaik dan merdu sekali.

Shila Amzah yang juga merupakan antara pesaing terdekat Jaclyn dan Bob mendapat tempat ketiga dengan markah 76.02%.

Sementara itu , di tempat ke 4 Gegar Vaganza 9 jatuh kepada Tomok , beliau mendapat jumlah markah keseluruhan 75.84%.

Satu-satunya kumpulan yang berjaya mara ke final gegar vaganza iaitu VE , mereka mendapat tempat ke 5 dengan markah 72.39%.

Di tempat ke 6 adalah Hazrul Nizam yang turut membuat persembahan pada malam final dengan begitu baik sekali, beliau memperoleh markah 69.75%.

Pada permukaan final gegar vaganza 9 beberapa bekas alumni peserta serta Juara gegar vaganza yang lalu membuat persembahan dengan menyanyikan lagu final GV9.

Keserasian antara pengacara Nabil dan Kak Lina Pom Pom bersama ketiga-tiga juri tetap harus diberikan pujian , mereka berjaya menghidupkan rancangan ini dari minggu pertama sehingga akhir.

Tahniah diucapkan buat kesemua peserta yang masuk rancangan ini kerana kesemua mereka telah buat yang terbaik dan mereka sememangnya penyanyi yang sangat berbakat.

Buat peminat peserta GV9 teruskan support korang untuk mereka biarpun sudah habis rancangan ini ok.

Selamat maju jaya semua.

Post a Comment

Previous Post Next Post