Sinopsis The Glory Drama Netflix Lakonan Song Hye Kyo Dan Lee Do Hyun. Drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan di Netflix adalah drama lakonan pelakon popular Song Hye Kyo dan pelakon baru meningkat naik Lee Do Hyun. Drama yang bertajuk The Glory akan menemui penonton tidak lama sahaja lagi jadi mari kita baca sinopsis the glory drama netflix terbaru.

Sinopsis The Glory Drama Netflix Lakonan Song Hye Kyo Dan Lee Do Hyun


Drama The Glory merupakan drama pertama yang menggandingkan Song Hye Kyo bersama dengan pelakon lelaki kacak Lee Do Hyun.

Song Hye Kyo merupakan pelakon wanita Korea yang sangat popular dengan drama Full House , Descendant Of The Sun , Encounter dan banyak lagi.

Nama Lee Do Hyun mula dikenali dengan drama Youth Of May , Sweet Home, 18 Again dan Melancholia, beliau dikenali "Rising Star".

SINOPSIS THE GLORY (2022)~~

Mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah mengimpikan suatu hari nanti bekerja sebagai arkitek. 

Dia menjadi mangsa keganasan sekolah menengah yang dilakukan oleh rakan pelajarnya. Dia berhenti sekolah menengah kerana buli.

 Dia kemudian merancang untuk membalas dendam terhadap penyiksanya dan juga orang yang melihatnya yang tidak melakukan apa-apa.

Pelajar itu kini sudah dewasa dan dia telah menunggu pemimpin penyeksanya untuk berkahwin dan mempunyai anak.

 Kanak-kanak itu kini seorang pelajar sekolah rendah. Wanita yang pernah menjadi mangsa keganasan sekolah, kini menjadi guru wali kelas kepada anak penderanya. 

Rancangan balas dendamnya yang kejam bermula dengan sungguh-sungguh, adakah berjaya dan adakah sesuatu yang bakal terjadi.

PROFIL DRAMA THE GLORY (2022)~~

Drama The Glory merupakan drama yang ditulis oleh penulis drama Descendants of the sun iaitu Penulis Kim Eun Sook.

The Glory akan mula ditayangkan pada 30 December 2022 ini dan mempunyai lebih 8 episod keseluruhannya.

Selain Song Hye Kyo dan Lee Do Hyun drama ini turut dibantu oleh pelakon cantik Lim Ji Yeon , Yum Hye Ran , Park Sung Hoon dan ramai lagi.

Drama ini bertemakan dendam , drama , melodrama , thriller , ia akan ditayangkan selama 1 jam pada setiap hari Jumaat.

Jangan lupa tonton tayangan perdana ok semua ~

Post a Comment

Previous Post Next Post