Sinopsis Kokdu Season Of Deity Lakonan Im Soo Hyang dan Kim Jung Hyun. Drama terbaru Korea yang akan menemui penonton tidak lama lagi adalah Kokdu : Season Of Deity , sebuah drama yang mengandingkan pelakon cantik dan popular Im Soo Hyang bersama pelakon lelaki Kim Jung Hyun. Ini merupakan gandingan pertama mereka berdua, jom kita baca sinopsis kokdu season of deity.

Sinopsis Kokdu Season Of Deity Lakonan Im Soo Hyang dan Kim Jung Hyun


Nama Im Soo Hyang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi , beliau banyak berlakon drama Korea dan drama beliau kebanyakkan popular di luar Korea seperti Gangnam Beauty dan Woori The Virgin.

Unuk Kim Jung Hyun , ini merupakan drama kemunculan semula beliau setelah berehat akibat kontroversi, beliau mencipta nama dengan drama Mr Queen dan Crash Landing On You.

Di dalam drama Kokdu: Season Of Deity ini mengisahkan sebuah kisah cinta berlaku antara seorang penuai suram "gream reaper" dan seorang doktor yang mempunyai kebolehan istimewa.


SINOPSIS KOKDU: SEASON OF DEITY (2023)~

Menceritakan tentang Kok-Du (Kim Jung-Hyun) pernah dimurkai Tuhan,dia bertukar menjadi penuai suram sebagai hukuman atas tindakannya. 

Sebagai penuai suram, dia dingin dan kejam. Tugasnya ialah memimpin roh-roh yang mati ke alam akhirat. 

Setiap 99 tahun, Kok-Du turun ke dunia ini dan memiliki tubuh manusia yang kelihatan seperti dia. Dia membunuh orang busuk yang patut mati. 

Kali ini, dia datang ke dunia ini dan memiliki tubuh manusia Do Jin-Woo. Dia kemudian terlibat dengan Han Gye-Jeol (Lim Soo-Hyang).

Han Gye-Jeol bekerja sebagai doktor pelawat. Kerana dia lulus dari sekolah perubatan peringkat terendah di negara ini, dia takut dengan orang yang memandang rendah kelayakannya.

 Ibunya meninggal dunia ketika dia masih kecil dan dia hanya mempunyai adik lelakinya.

 Dia tidak mempunyai sesiapa yang benar-benar mengambil berat tentangnya. 

Apabila Do Jin-Woo muncul di hadapannya, dia adalah orang pertama dalam hidupnya yang memihak kepadanya. Kehidupan hariannya berubah kerana dia.


PROFIL DRAMA KOKDU:SEASON OF DEITY (2023)

Drama Kokdu : Season Of Deity adalah merupakan drama yang menggantikan drama The Forbidden Marriage yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Tarikh mula tayangan drama ini adalah 27 January ini dan dijangkan akan tamat keseluruhan 16 episod pada 18 March 2023.

Tayangan drama ini akan ditayangkan selama 1 jam 20 minit untuk satu episod di saluran MBC dan untuk subtitle bagi foreigner akan diupdate tidak lama lagi.

Selain Im Soo Hyang dan Kim Jung Hyun , drama ini turut diserikan oleh pelakon cantik dan bekas ahli kumpulan SISTAR iaitu Dasom dan pelakon kacak Ahn Woo Yeon.

Jangan lepas peluang untuk melihat kesemua episod drama ini ok semua, selamat menonton~











Post a Comment

Previous Post Next Post