Sinopsis Divorce Attorney Shin Lakonan Han Hye Jin. Drama Korea terbaru untuk 2023 adalah drama yang menggandingkan dua pelakon hebat dan berbakat iaitu pelakon cantik Han Hye Jin dan Cho Seung Woo. Berlatarkan tema undang-undang dan drama ini akan menemui penonton tidak lama lagi. Sebelum ini , jom ramai-ramai kita baca sinopsis divorce attorney di bawah.

Sinopsis Divorce Attorney Lakonan Han Hye Jin


Han Hye Jin akhirnya membuat kemunculan semula di dalam drama setelah berehat sejak 2018 , beliau terkenal dengan drama Be Strong, Geum-soon! yang beliau berlakon ketika muda.

Sementara itu , Cho Seung Woo pula merupakan seorang pelakon lelaki yang semakin dikenali, nama beliau dikenali dengan drama  Stranger dan Sisyphus: The Myth.

Di dalam drama Divorce Attorney ini mereka membawa watak Shing Sung Han untuk Cho Seung Woo manakala Han Hye Jin pula membawa watak bernama Lee Seo Jin.

SINOPSIS DIVORCE ATTORNEY (2023)

Menceritakan tentang Shin Sung-Han (Cho Seung-Woo) mengambil jurusan piano dan menjadi profesor di universiti muzik di Jerman. 

Suatu hari, Shin Sung-Han mendengar berita yang mengejutkan. Untuk mengetahui kebenarannya, dia kembali ke Korea Selatan dan bekerja untuk menjadi seorang peguam. 

Dia akhirnya mula bekerja sebagai peguam, pakar dalam perceraian. Dia membuat pilihan untuk pakar dalam perceraian, atas sebab-sebab dari zaman kanak-kanaknya. 

Shin Sung-Han berdepan dengan pelanggannya, dengan pelbagai cerita malang, dan membela mereka. Semasa melakukan ini, dia mendekati kebenaran yang dia cari selama ini.



PROFIL DIVORCE ATTORNEY (2023)~~

Drama Divorce Attorney ini bakal ditayangkan bermula 4 march ini dan dijangka tamat pada 9 april 2023 dan mempunyai sebanyak 12 episod.

Tayangan drama ini akan ditayangkan serentak di jTBC, Netflix, TVING pada setiap hari Sabtu Dan Ahad jam 10:30 malam.

Jangan terlepas peluang untuk melihat drama undang-undang ini.








Post a Comment

Previous Post Next Post