Biodata Lee Sang Woo Pelakon Drama Red Balloon. Drama yang sedang menghampiri episod akhir dan mendapat tontonan yang ramai adalah Red Balloon , drama ini berjaya menarik ramai peminat drama untuk menonton drama ini. Hari ini kita nak kongsi dekat korang biodata watak utama yang berjaya mainkan emosi kita semua dalam drama itu iaitu Lee Sang Woo.

Biodata Lee Sang Woo Pelakon Drama Red Balloon


Lee Sang Woo di Korea namanya sudah sangat dikenali dan merupakan salah seorang dari pelakon lelaki yang terbaik di sana, beliau juga dikenali sebagai suami kepada pelakon popular Penthouse iaitu Kim Soyeon.

Ampa mesti kenalkan watak Cheon Seo Jin dalam drama Penthouse , Lee Sang Woo nilah suami dia yang betul . hee.

BIODATA LEE SANG WOO (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah Lee Sang Woo sama seperti nama stage beliau , lahir pada 13 February 1980 di Seoul, Korea.

Beliau merupakan bekas pelajar Universiti Korea dalam jurusan Jabatan Sains Makanan dan Bioteknologi, beliau mula debut dalam industri Korea pada 2005.

Drama pertama yang beliau lakonkan adalah drama "Eighteen, Twenty-Nine" iaitu dengan watak yang kecil. 

Nama beliau semakin dikenali selepas tayangan drama First Wives' Club pada 2007 , setelah nama beliau dikenali dari drama ini beliau menerima tawaran watak utama dalam drama.

Drama pertama lakonan beliau sebagai watak utama adalah The Road Home yang ditayangkan pada 2009, beliau membawa watak Yoo Hyun-soo.

Lee Sang Woo dan isterinya Kim So Yeon mula bercinta selepas berlakon sekali dalam drama Happy Home pada 2016, tidak tunggu lama mereka bernikah pada 2017.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL LEE SANG WOO ~~

Pastinya sekarang beliau mempunyai peminat barukan setelah tayangan drama Red Balloon yang sedang ditayangkan.

Korang yang mana baru minat beliau and nak tahu perkembangan seni beliau boleh follow di sini >>@bbjovi

Ampa semua boleh tengok aktiviti seni dan aktiviti harian beliau , ada juga dengan isteri beliau, romantik oo depa dua.

Teruskan supoort kerjaya Lee Sang Woo !

Post a Comment

Previous Post Next Post