Sinopsis King The Land Lakonan 2PM Junho dan SNSD Yoona. Drama yang dinanti-nantikan untuk 2023 akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi , sebuah drama yang menggabungkan dua nama yang cukup popular iaitu Lee Junho dan Im Yoona. Drama King The Land akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini , jom kita baca sinopsis drama king the land.

Drama ini menjadi tumpuan kerana dua watak utama drama ini yang cukup sinonim dengan dunia kpop idola yang sangat menjadi tumpuan sejak lama lagi.
Lee Junho adalah ahli kumpulan idola dari 2PM manakala Yoona pula adalah ahli kumpulan idola SNSD, 2PM dan SNSD sudah sangat dikenali dengan hubungan yang rapat sejak mereka debut lagi 2008.
Peminat tidak sabar untuk melihat keserasiaan antara dua penyanyi dan pelakon ini di dalam kaca tv , mereka berdua sudah menunjukkan keseraisan yang mantap semasa mereka digandingkan sebagai penyanyi, kali ini dengan drama King The Land.
Post a Comment