Sinopsis The Secret Romantic Guesthouse Lakonan Shin Ye Eun. Drama sejarah Korea terbaru akan menemui penonton tidak lama lagi, sebuah drama lakonan pelakon cantik Shin Ye Eun bersama pelakon kacak Ryeo Un dan Kang Hoon. Drama yang bakal membuatkan masuk ke dunia misteri , sejarah dan romance so jom tengok sinopsis the secret romantic guesthouse.

Sinopsis The Secret Romantic Guesthouse Lakonan Shin Ye Eun



Shin Ye Eun yang popular dengan drama Revenge Of Others dan More Than Friends akan muncul dengan drama sejarah bersama pelakon-pelakon kacak.

Drama The Secret Romantic Guesthouse ini akan menggantikan slot drama Trolley yang ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa jam 10 malam.

SINOPSIS THE SECRET ROMANTIC GUESTHOUSE (2023)~~

Mengisahkan tentang Yoon Dan-O (Shin Ye-Eun) menikmati kehidupan yang selesa sebagai anak bongsu tercinta, tetapi tidak lagi. 

Dia adalah pencari nafkah keluarganya dan mengendalikan Ihwawon Inn. 

Tetamu di Ihwawon Inn adalah cendekiawan yang datang ke Hanyang untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi pegawai peringkat. 

Para cendekiawan di Inn Ihwawon termasuk Kang San (Ryeo Un), Kim Shi-Yeol (Kang Hoon) dan Jung Yoo-Ha (Jung Gun-Joo). 

Suatu hari, satu kes yang tidak dijangka menggegarkan hidup mereka. Yoon Dan-O ditawarkan peluang untuk menghapuskan hutang Ihwawon Inn jika dia dapat mencari Lee Sool, yang merupakan anak

 sulung putera mahkota yang digulingkan. Yoon Dan-O, Kang San, Kim Shi-Yeol dan Jung Yoo-Ha cuba mencari lelaki yang hilang itu.

PROFIL DRAMA THE SECRET ROMANTIC GUESTHOUSE~

Drama The Secret Romantic Guesthouse bakal ditayangkan di saluran SBS bermula 20 march ini pada jam 10 malam.

Barisan pelakon The Secret Romantic Guesthouse adalah pelakon kacak  Jung Gun-Joo yang membawa watak Jung Yoo-Ha.

Ryeo Un yang popular dalam drama Through The Darkness dan Adult Trainee akan membawa watak Kang San.

Seorang lagi pelakon popular Kang Hoon turut sama membintangi drama ini sebagai Kim Shi Yeol, beliau terkenal dengan drama Little Women

Jangan lupa tayangan perdana pada 20 3 ini taw semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post