Biodata Qasrina Karim Pelakon Imam Instant Ustazah Scammer. Hari ini kita nak kongsi biodata salah seorang pelakon drama hit Imam Instant Ustazah Scammer, nak tahu tak siapakah dia ? yup betul biodata pelakon baru meningkat naik iaitu Qasrina Karim. Jom ramai-ramai kita kenali dengan lebih dekat dengan pelakon cantik Qasrina Karim ini.

Biodata Qasrina Karim Pelakon Imam Instant Ustazah Scammer


Sebelum dikenali sebagai pelakon , Qasrina Karim aktif dalam bidang peragaan sebelum terjun ke dalam dunia hiburan Malaysia dan dikenali sebagai seseorang yang mirip Mira Filzah.

BIODATA QASRINA KARIM (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah Qasrina binti Abdul Karim lahir pada 11 April 1996 di Subang Jaya , Selangor.

Beliau menggunakan nama stage Qasrina Karim , beliau merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris.

Kerjaya Qasrina sebagai model bermula tahun 2016 , beliau banyak menjadi duta produk-produk terkenal termasuklah hijab Alhumaira.

Tahun 2018 menjadi tahun istimewa buat beliau apabila menjadi viral di media sosial Twitter kerana memiliki paras rupa seperti Mira Filzah.

Beliau memulakan karier sebagai anak seni pada tahun 2021 apabila beliau muncul di dalam filem dan drama Malaysia.

Drama pertama beliau adalah Salam Squad 3.0 yang ditayangkan di saluran Astro Ceria manakala filem pertama beliau juga pada tahun sama 2021 yang bertajuk Siapa Tutup Lampu?.

Tahun 2023 nama beliau mula menjadi sebutan peminat setia drama Malaysia apabila membintangi drama Imam Instant Ustazah Scammer.

Korang yang mana nak tahu mengenai aktiviti seni Qasrina boleh follow official media sosial beliau di >> @Qasrina Karim

Teruskan support perjalanan seni Qasrina Karim dan jangan lupa layan drama hit Imam Instant Ustazah Scammer.




Post a Comment

Previous Post Next Post