Sinopsis Bo Ra Deborah Drama Romantik Komedi Lakonan Yoo In Na. Drama Korea yang terbaru untuk 2023 ini adalah sebuah drama romantik komedi yang diterajui oleh pelakon Goblin iaitu Yoo In Na bersama pelakon kacak Yoon Hyun Min. Drama ini menjadi viral di media sosial apabila video pendek sedutan dari drama ini mendapat jumlah tontonan yang banyak di media sosial, baca sinopsis drama bo ra deborah di bawah.

Sinopsis Bora Deborah Drama Romantik Komedi Lakonan Yoo In Na


Sedutan scene bergaduh antara watak Yeon Bo Ra yang dibawa oleh Yoo In Na bersama watak Noh Ju Wan yang dibawa 2pm Chansung menerima reaksi positif dari penonton.

Drama Bo Ra Deborah ini mempunyai tajuk lain yang bertajuk True To Love , so dibawah adalah sinopsis bora deborah dan sinopsis true to love 2023.

SINOPSIS BO RA DEBORAH (2023)~~

Mengisahkan tentang Yeon Bo-Ra (Yoo In-Na) ialah seorang penulis dan dia bekerja di bawah nama pena Deborah. 

Dia adalah pengarang buku terlaris tentang cinta dan dia juga terkenal sebagai jurulatih dan guru percintaan dan  telah membuat banyak kata-kata terkenal sebagai jurulatih temu janji dan mendapat simpati daripada orang ramai. 

Sebagai Deborah, Yeon Bo-Ra seorang yang jujur, cerdik dan popular di kalangan wanita. Sebagai Yeon Bo-Ra, perkara berbeza untuknya. Dia terlibat dengan Lee Soo-Hyeok (Yoon Hyun-Min).

Lee Su-Hyeok (Yoon Hyun-Min) bekerja sebagai perancang penerbitan, dia seorang yang tidak dapat diramalkan dan kadang-kadang lembut dan bersemangat kepada wanita, tetapi kadang-kadang tidak peduli dan dingin. 

Cinta adalah sesuatu yang sukar baginya. Dia tidak suka Deborah, yang bercakap seperti dia tahu segala-galanya tentang cinta, tetapi dia secara tidak dijangka terlibat dengannya dan menghadapi perubahan dalam hidupnya.

Sementara itu, Han Sang-Jin (Joo Sang-Wook) ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbitan Jinri.

 Dia adalah kawan rapat dan rakan kongsi perniagaan Lee Su-Hyeok. Han Sang-Jin cerdik, pintar dan berbudi bahasa. Dia disayangi oleh semua orang. 

Dia lebih suka mengekalkan gaya hidup bebas, daripada hubungan romantis yang mendalam.

PROFIL BO RA ! DEBORAH (2023)~~

Drama Bo Ra ! Deborah adalah drama yang ditayangkan di saluran  ENA dan TVING bermula tayangan pada 12 april yang lalu.

Jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 14 episod dan dijangka episod akhir pada 25 may ini so jangan terlepas peluang untuk catch up drama ini.

Ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9 malam dan tayangan drama ini adalah selama 1jam 10minit.

Sesiapa yang sedang cari drama Bora ! Deborah yang mempunyai subtitle boleh tengok disini >>>BO RA! DEBORAH (SUB)

Teruskan support drama ini dan buat yang dah tengok boleh komen pendapat korang mengenai drama ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post