Sinopsis Dr Romantic 3 Lakonan Lee Sung Kyung Dan Ahn Hyo Seop. Drama Korea yang mendapat sambutan hangat kini kembali untuk musim ke 3. Sebuah drama yang mengisahkan perubatan Dr Romantic 3 ini adalah drama yang menggandingkan pelakon sama cantik dan kacak iaitu Ahn Hyo Seop dan Lee Sung Kyung.

Sinopsis Dr Romantic 3 Lakonan Lee Sung Kyung Dan Ahn Hyo Seop


Drama Dr Romantic ini bermula pada 2016 diterajui oleh Seo Hyun Jin dan Yoo Yeon Seok kemudiannya musim ke 2 pada 2020 pula diterajui oleh Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop.

Dr Romantic 3 masih mengekalkan Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop sebagai watak utama , jom ramai-ramai baca sinopsis dr romantic 3.

SINOPSIS DR ROMANTIC 3 ~~

Menceritakan tentang selepas tiga tahun, Pusat Trauma Serantau Hospital Doldam yang merupakan impian lama Kim Sa-bu akan dibuka.

 Dengan pembukaan Pusat Trauma Serantau, skala insiden dan kemalangan yang perlu ditangani Hospital Doldam juga meningkat. 

Seo Woo-jin (Ahn Hyo-seop), pakar GS yang membesar sebagai 'Little Teacher Kim' selepas musim 2, dan Cha Eun-jae (Lee Sung-kyung), pakar CS telah menjadi senior dan kekasih selama tiga tahun .

PROFIL DR ROMANTIC 3~~

Drama Dr Romantic 3 bersiaran pada 28 april dan dijangka akan berakhir pada 17 julai ini dengan jumlah keselurahan episodnya adalah 16.

Tayangan drama dr romantic 3 adalah di saluran SBS pada setiap hari jumaat dan sabtu pada jam 10 malam.

Dr Romantic 3 ini masih mengekalkan watak utama Teacher Kim yang dibawa oleh pelakon senior iaitu Han Seok Kyu . 

Jangan lupa tengok dr romantic 3 yang ada subtitle di sini>> DR ROMANTIC 3 SUBS

Selamat Menonton!!

Post a Comment

Previous Post Next Post