Biodata Isaac Voo Peserta Big Stage 5. Hi semua ! tidak lama lagi akan berlangsungnya rancangan nyanyian yang berprestij di Malaysia iaitu Big Stage. Memasuki musim ke 5 Big Stage kali ini menampilkan peserta dari pelbagai negara dan mempunyai pengikut setia yang ramai. Salah seorang dari peserta yang mempunyai pengikut setia yang ramai Isaac Voo.

Biodata Isaac Voo Peserta Big Stage 5


Isaac Voo adalah merupakan member dari kumpulan kpop IN2IT (nama sebelum ditukar ke 'SKYE') , beliau merupakan orang Malaysia pertama yang debut dalam kpop .

BIODATA ISAAC VOO BIG STAGE 5~~

Nama sebenar beliau adalah Isaac Voo Kai Meng lahir di Kota Kinabalu , Sabah pada 12 December 1994 dan menggunakan nama stage Isaac Voo.

Isaac Voo mempunyai 4 orang adik beradik, beliau mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang dan mempunyai banyak anak saudara.

Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa dan Sekolah Menengah Lok Yuk di Sabah.

Isaac mahir bercakap dalam empat bahasa iaitu mandarin , melayu , korean dan english.

Seperti idola-idola lain, di Korea beliau tinggal di dorm (asrama) yang disediakan syarikat beliau dan roomate beliau adalah member SKYE Hyunuk.

Tahun 2023 ini permulaan karier Isaac dalam dunia hiburan Malaysia apabila mengeluarkan lagu solo bertajuk 'Time Bomb'.

Beliau kembali ke Malaysia pada 2022 untuk menjalankan aktiviti seni disini kerana ahli kumpulan IN2IT sedang menjalani latihan ketenteraan.

DEBUT DI KOREA !

 Isaac debut di Korea pada tahun 2016 apabila beliau memasuki rancangan reality show korea Boys24 yang mencari penyanyi lelaki untuk dimasukkan menjadi satu kumpulan. 

Beliau terpilih menjadi ahli setelah berjaya memperolehi 43.58 peratus undian dari penonton dan undian awal dan beliau berada di tempat ke 6.

OFFICIAL MEDIA SOCIAL ISAAC VOO ~~


Korang yang mana nak kenal lebih lagi mengenai Isaac Voo boleh follow official media sosial beliau di >>@ISAAC VOO

Teruskan support beliau bersama kumpulan beliau dan support beliau di Big Stage 5~~

Post a Comment

Previous Post Next Post