Biodata Puteri Khareeza Peserta Big Stage 5. Rancangan nyanyian yang mencungkil bakat muda Malaysia sedang berada di fasa minggu terakhir iaitu Big Stage 5. Musim 5 ini berjaya menarik ramai peminat baru untuk menonton rancangan ini dek kerana peserta yang bertanding kesemuanya berbakat. Hari ini jom kita tengok biodata finalist big stage 5 iaitu puteri khareeza.


Biodata Puteri Khareeza Peserta Big Stage 5


Nama penuh beliau adalah Puteri Aszfaryna Khareeza bt Arif  lahir di Kampung Datuk Keramat pada 17 april 1998.

Puteri Khareeza adalah merupakan salah seorang artis Malaysia yang memulakan karier sejak dari kecil lagi iaitu ketika berusia 7 tahun.

Beliau merupakan Naib Juara rancangan kanak-kanak Idola Kecil pada 2010 dan turut sama memasuki rancangan RTM Bintang Kecil pada 2008.

Beliau terkenal dengan lagu Duka Sebalik Tawa yang keluar pada 2022 dan lagu ini menjadi OST untuk drama hit Melur Untuk Firdaus.

Tidak hanya bergelar penyanyi , Puteri Khareeza juga aktif sebagai pelakon yang terkenal di dalam drama Mimpi Sabrina pada 2019 , Hari Kita Jatuh Cinta pada 2021 dan banyak lagi.

Korang yang mana nak tahu aktiviti seni Puteri Khareeza boleh follow official media sosial beliau di >> @Puteri Khareeza 

Teruskan support karier Puteri Khareeza, baik bidang nyanyian atau lakonan , dan jangan lupa undi Puteri Khareeza di ABPBH 2023.

Selamat Maju Jaya !!


Post a Comment

Previous Post Next Post