Biodata Erysha Emyra Pelakon Chinta Wrong Direction. Pelakon baru wanita yang namanya kian menjadi sebutan setelah membintangi drama hit Chinta Wrong Direction yang ditayangkan di saluran Astro Ria. Watak Chinta yang dibawa Erysha Emyra berjaya membuatkan nama beliau semakin dikenali di dalam dunia lakonan. Mari kita kenal-kenal dengan Erysha Emyra.

Biodata Erysha Emyra Pelakon Chinta Wrong Direction


BIODATA ERYSHA EMYRA (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah Nur Erysha Emyra binti Zakaria lahir di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1999.

Beliau merupakan anak kepada pelakon lagenda Malaysia iaitu Datin Sri Noniswara Baharudin dan beliau merupakan anak kedua dari 3 adik beradik.

Sebelum terjun ke dalam dunia hiburan Malaysia , Erysha sudah dikenali sebagai influencer di mana beliau mempunyai banyak pengikut di laman media sosial beliau.

Drama pertama beliau adalah pada tahun 2023 , beliau membawa watak Wardah di dalam drama Perempuan Itu yang ditayangkan di Tonton.

Tahun sama juga beliau diberi peluang menjadi tunggak utama di dalam drama Chinta Wrong Direction dan seterusnya membuatkan nama beliau semakin dikenali peminat drama.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL ERYSHA EMYRA~~

Pastinya ada peminat baru yang masih belum tahu official media sosial erysha , korang boleh follow >> Erysha Emyra dan @eryshaemyra (TIKTOK)

Korang boleh tengok dekat official media sosial beliau untuk tahu aktiviti seni beliau dan teruskan support kerjaya beliau ok.




Post a Comment

Previous Post Next Post