Sinopsis The First Responders 2 Lakonan Kim Rae Won. Drama yang mencipta fenomena pada 2022 kini kembali untuk musim 2 pada tahun ini. Sebuah drama yang menceritakan tentang kisah detektif ,paramedic dan bomba yang membantu orang awam yang dalam kesusahan. Jom kita tengok dan baca sinopsis the first responders 2 yang dilakonkan oleh kim rae won, son ho jun dan gong seung yeon.


Sinopsis The First Responders 2 Lakonan Kim Rae Won

SINOPSIS THE FIRST RESPONDERS 2 (2023)~~

Mengisahkan tentang di bandar Taewon, beberapa siri kes pembakaran terus mendatangkan malapetaka dan menimbulkan ketakutan di kalangan penduduknya. 

Kebakaran berlaku di Menara Letak Kereta Galmae di kawasan kejiranan Muyeong. 

Detektif Jin Ho-Gae (Kim Rae-Won) dan Anggota Bomba Bong Do-Jin (Son Ho-Jun) mempertaruhkan nyawa mereka dengan masuk melalui bumbung bangunan yang terbakar untuk memadamkan api dan menangkap pelakunya. 

Kemudian, mayat suspek ditemui dalam keadaan terikat dan dibakar di dalam bagasi kereta yang diletakkan di menara parkir. 

Balai Polis Taewon dan Jabatan Bomba Taewon mendapatkan bantuan NFS (Perkhidmatan Forensik Kebangsaan) untuk menghentikan kes pembakaran bersiri sekali dan untuk semua. 

Tidak lama kemudian, kebakaran berlaku di Pusat Beli-belah Muyeong. 

Semasa anggota Jabatan Bomba Taewon hendak bertolak ke pusat membeli-belah, satu panggilan diterima bahawa kebakaran kedua baru sahaja berlaku di sebuah gudang perindustrian.

Sepanjang menjalankan misi menyelamatkan orang awam , sesuatu yang tidak diingini telah terjadi, nak tahu apa terjadi ? korang kena tengok drama ini ok.

Profil Drama THE FIRST RESPONDERS~~

Drama ini mula ditayangkan pada 4 Ogos yang lalu dan dijangka akan tamat pada 4 september ini , drama ini mempunyai 12 episod keseluruhannya.

Tayangan drama ini di saluran SBS dan untuk luar negara Korea boleh tengok subtitle drama ini di >> THE FIRST RESPONDERS (SUBS)  

The First Responders ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 10 malam .


Post a Comment

Previous Post Next Post