Sinopsis My Lovely Liar Drama Lakonan Hwang Minhyun. Drama Korea yang setiap kali trending setelah tayangan di Korea dan luar negara adalah My Lovely Liar. Sebuah drama romantik komedi ini yang watak utamanya adalah pasangan secocok Hwang MinHyun dari Nuest dan Kim So Hyun. Jom kita tengok jalan cerita dan sinopsis drama my lovely liar ini.

Drama ini merupakan drama pertama yang mengandingkan Min Hyun bersama Kim So Hyun, korang kena tengok chemistry mereka berdua dia dalam drama ini.

Sinopsis My Lovely Liar Drama Lakonan Hwang Minhyun

Sinopsis My Lovely Liar (2023)~~

Drama ini menceritakan tentang Mok Sol-Hee (Kim So-Hyun) mempunyai kebolehan istimewa yang membolehkan dia membezakan sama ada orang berbohong atau tidak. 

Dia membenci kemampuannya dan menganggapnya sebagai sumpahan. Kerana kemampuannya yang istimewa, dia tidak dapat mempercayai sesiapa pun. 

Mok Sol-Hee terlibat dengan suspek pembunuhan (Minhyun) yang menegaskan dia tidak bersalah, tetapi tiada siapa yang mempercayainya.

PROFIL DRAMA MY LOVELY LIAR ~~

Tema drama ini adalah romantik komedi dan misteri , ia ditayangkan di saluran TvN pada setiap Isnin dan Selasa pada jam 10:50malam.

Drama My Lovely Liar mula ditayangkan pada 31 julai yang lalu dan dijangka akan tamat pada 19 september ini dengan jumlah keseluruhan 16 episod.

Selain Hwang Minhyun dan Kim So Hyun drama ini turut dibarisi oleh pelakon kacak dan cantik Seo Ji Hoon dan Lee Si Woo.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa watak Lee Gang Min dan Syaon , korang boleh tengok keserasian mereka berempat di dalam drama ini.

Buat yang tengah cari nak tengok dekat mana drama ini boleh tengok di sini>> MY LOVELY LIAR (SUBS)

Selamat menonton semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post