Biodata Lia Kim Peserta Street Woman Fighter 2.  Demam tarian street kembali lagi , sebuah rancangan tarian jalanan dari Korea Selatan kini kembali untuk musim kedua. Musim pertama Street Woman Fighter mencetuskan fenomena tidak hanya di Korea malah seluruh dunia menyaksikan kumpulan HolyBang menjuarai rancangan itu.

Biodata Lia Kim Peserta Street Woman Fighter 2


Musim pertama Street Woman Fighter berjaya menaik nama penari-penari underground ke tahap dikenali seluruh dunia dan begitu juga musim 2 ini salah seorang peserta yang mencuri tumpuan adalah Lia Kim.

Sebelum menyertai rancangan ini Lia Kim sudah dikenali dalam dunia kpop kerana beliau telah mencipta beberapa tarian hit KPOP seperti lagu Sunmi dan TWICE.

KENALI BIODATA LIA KIM (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah Hyerang Kim , beliau menggunakan nama stage Lia Kim, beliau merupakan penari, koreografer dan guru tarian untuk trainee kpop.

Beliau lahir pada 24 mei 1984 , pada tahun 2023 beliau berusia 39 tahun, beliau merupakan CEO untuk 1Million Dance Studio dan youtube mereka mempunyai jutaan pengikut.

Lia Kim juga adalah merupakan juri 2016 World of Dance di Korea Selatan.

Korang yang mana baru mengenali dan meminati Lia Kim boleh follow official media sosial beliau >> @liakim untuk update kehidupan realiti beliau.

Jangan lupa teruskan support Lia Kim dan team 1Million di Street Woman Fighter 2 yang ditayangkan pada setiap hari Selasa jam 10:10 malam.

Good luck semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post