Biodata Kim So Hyun Pelakon My Lovely Liar. Drama Korea yang sedang ditayangkan dan berjaya menarik perhatian ramai penonton iaitu My Lovely Liar, sebuah drama yang menggandingkan pasangan pelakon yang sama padan iaitu Kim So Hyun dan Hwang Min Hyun. Jom kita kenali siapakah heroin drama my lovely liar ini.

Di dalam drama My Lovely Liar ini, pelakon cantik Kim So Hyun membawa watak utama yang bernama Mok Sol Hee yang mempunyai kelebihan istimewa.

Biodata Kim So Hyun Pelakon My Lovely Liar

BIODATA KIM SO HYUN (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah sama dengan nama stage beliau iaitu Kim So Hyun , beliau merupakan seorang pelakon, pelakon muzikal , model dan pengacara di Korea.

Memulakan kerjaya seni sejak kecil pada ketika umur beliau baru berusia 7 tahun di dalam drama Drama City pada 2006.

Kim So Hyun lahir pada 4 June 1999 di Australia , pada ketika umur 4 tahun beliau dan keluarga berpindah ke Korea .

Beliau mempunyai seorang adik lelaki dan beliau kehilangan ayahnya pada ketika beliau berusia 9 tahun.

Nama beliau mula dikenali dan menjadi sebutan setelah membintangi drama Moon Embracing the Sun pada 2012.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL ~~

Buat peminat baru Kim So Hyun korang boleh follow official media sosial beliau >>> wow_kimsohyun untuk tahu update terbaru dari beliau.

Kim So Hyun merupakan pengacara untuk rancangan muzik Korea "Music Core" selama 2 tahun dan pada 2015 beliau terpilih untuk menjadi pengacara pada anugerah KBS Drama.

Pada 2023 Kim So Hyun membuat kemunculan semula dalam drama yang sedang hangat diperkatakan iaitu My Lovely Liar.

Teruskan support kerjaya Kim So Hyun~~


Post a Comment

Previous Post Next Post