Sinopsis A Time Called You Lakonan Ahn Hyo Seop dan Jeon Yeo Bin. Drama Korea terbaru dari Netflix akhirnya menemui penonton tidak lama lagi , sebuah drama yang menggandingkan pelakon-pelakon hebat dan popular seperti Ahn Hyo Seop , Jeon Yeo Bin dan Kang Hoon. Jom kita tengok sinopsis serta profil a time called you.

Sinopsis A Time Called You Lakonan Ahn Hyo Seop dan Jeon Yeo Bin


Ahn Hyo Seop terkenal dengan drama Still 17 dan Business Proposal sementara Jeon Yeo Bin terkenal dengan drama Vicenzo. 

Di dalam drama ini merupakan pertama kali Ahn Hyo Seop bergandingan dengan Jeon Yeo Bin.

SINOPSIS A TIME CALLED YOU (2023)~~

Menceritakan tentang teman lelaki Han Jun-Hee (Jeon Yeo-Bin) iaitu Koo Yeon-Jun (Ahn Hyo-Seop) meninggal dunia 1 tahun lalu. Dia masih belum melupakan kematian teman lelakinya dan sangat merinduinya.

Suatu hari, dia entah bagaimana mengembara ke masa lalu ke tahun 1998 dan mendapati dirinya sebagai pelajar sekolah menengah Kwon Min-Ju (Jeon Yeo-Bin).

Di sekolah, dia bertemu pelajar sekolah menengah Nam Si-Heon (Ahn Hyo-Seop) dan dia sangat terkejut kerana Nam Si-Heon sangat mirip dengan arwah teman lelakinya Koo Yeon-Jun. 

Nam Si-Heon ialah seorang yang peramah dan menarik dari segi fizikal. Dia digilai oleh pelajar perempuan. Sementara itu, Jung-In-Gyu (Kang Hoon) berkawan baik dengan Nam Si-Heon dan meminati Kwon Min-Ju.

PROFIL A TIME CALLED YOU (2023)

Drama A Time Called You mula ditayangkan pada 8 September yang lalu di Netflix dan drama ini diadaptasi drama cina yang bertajuk Someday Or One Day.

Keseluruhan drama ini mempunyai 12 episod dan korang yang mana tak mau tengok dekat Netflix boleh tengok dekat sini>> A TIME CALLED YOU FULL (SUB)

Korang yang mana dah tengok drama ini cer komen pendapat dan pandangan korang mengenai drama ini di bawah. 

Post a Comment

Previous Post Next Post