Sinopsis Head Over Heels Lakonan Cho Yi Hyun dan Choo Young Woo. Drama Korea terbaru yang bakal menyentuh perasaan serta barisan pelakon berbakat adalah Head Over Heels lakonan Cho Yi Hyun dan Choo Young Woo.
Keserasian yang kuat antara watak utama dan naratif yang menyentuh hati, "Head Over Heels" berjaya mengangkat tema cinta dan kedewasaan dalam suasana yang segar dan berkaitrapat.
SINOPSIS HEAD OVER HEELS (2025)~~
Drama ini menceritakan tentang Park SeongA (Cho Yi Hyun) yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang juga merupakan seorang shaman rahsia dengan kuasa spiritual luar biasa.
Dia bertemu dengan Bae Gyeon-woo, pelajar baru yang diramalkan akan mati dalam masa terdekat.
Dalam usaha menyelamatkan Bae Gyeon Woo (Choo Young Woo) daripada nasib malang dan roh jahat, SeongA menggunakan kuasanya dan menyembunyikan identitinya sebagai "Fairy Cheon-ji".
Tanpa diduga, hubungan mereka berkembang menjadi cinta pertama yang penuh cabaran, mempertemukan takdir, kepercayaan, dan pengorbanan dalam dunia nyata dan alam roh.
PROFIL DRAMA HEAD OVER HEELS ~~
Head Over Heels adalah bertema cinta pertama, pengorbanan, dan perjuangan melawan takdir dan mengetengahkan konflik antara dunia nyata dan alam roh melalui watak Seong-a, seorang shaman muda yang berusaha menyelamatkan pelajar baru, Gyeon-woo, daripada kematian yang diramalkan.
Drama ini ditayangkan pada 23 June yang lalu dan episod akhir drama ini adalah pada 29 Julai ini dengan jumlah keseluruhan episod sebanyak 12 episod.
Selain Cho Yi Hyun dan Choo Young Woo drama ini turut dibarisi oleh pelakon senior yang berbakat seperti pelakon cantik Choo Ja Hyun dan Kim Mi Kyung.
Head Over Heels ditayangkan di saluran TvN dan buat korang yang belum tengok drama ini boleh layan drama ini di >>> HEAD OVER HEELS (SUB)\
Sapa-sapa yang dah tengok boleh share review korang mengenai drama ini dibawah ok, minggu ini adalah minggu akhir drama ini so pastikan jangan lupa tengok endingnya.
Post a Comment