Sinopsis Confidence Queen Lakonan Park Min Young. Pelakon cantik Park Min Young membuat kemunculan kembali dalam dunia drama dengan drama Confidence Queen yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sinopsis Confidence Queen Lakonan Park Min Young

Park Min Young kembali di dalam drama Confidence Queen setelah rehat selepas drama Marry My Husband pada tahun lepas.

SINOPSIS CONFIDENCE QUEEN (2025)~~

Mengisakan mengenai 3 penipu dengan latar belakang berbeza, bekerjasama untuk misi balas dendam yang berani dan melawan penjahat era ini.

Yun Yi Rang (Park Min Young) adalah seorang penipu dengan IQ 165 dan minda tahap genius dalam 1% teratas, mengetuai kumpulan sebagai pemimpin yang yakin dan berkarisma dengan cara berfikir 4 dimensi.

James (Park Hee Soon) pula seorang penipu veteran dengan humor dan kecerdasan, mempamerkan set kemahiran serba boleh sebagai penipu yang hebat.

Sementara , Myung Gu Ho (Joo Jung Hyuk) yang merupakan ahli termuda dalam pasukan keyakinan, dengan perwatakan yang murni dan jujur, menonjolkan daya tarikan seorang ahli termuda yang suka bermain dan penyayang.


PROFIL DRAMA CONFIDENCE QUEEN ~~

Drama Confidence Queen bakal ditayangkan pada 6 September ini di saluran Tv Chosun , Coupang Play dan Amazon Prime Video.

Confidence Queen adalah drama yang bertemakan komedi, aksi , drama dan drama ini adalah remake dari drama Japan yang bertajuk The Confidence Man JP

Ditayangkan selama satu jam pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 9:10 pagi dan untuk keseluruhan episod drama ini adalah 12 episod.

Korang mana yang nak tambah apa-apa boleh komen dibawah ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post