Sinopsis Mary Kills People Lakonan Lee Bo Young dan Lee Min Ki. Drama Korea terbaru yang baru sahaja ditayangkan gandingan pelakon hebat Lee Bo Young dan Lee Min Ki di dalam drama bertajuk Mary Kills People.

Sinopsis Mary Kills People Lakonan Lee Bo Young dan Lee Min Ki


Drama ini menjadi drama tumpuan kerana dibarisi oleh barisan pelakon senior Korea yang berbakat serta jalan cerita drama ini yang unik.

SINOPSIS MARY KILLS PEOPLE KOREAN DRAMA (2025)~

Menceritakan mengenai Woo So Jeong (Lee Bo-Young) yang merupakan seorang doktor, beliau berpewatakan yang unik. 

Biarpun ia menyalahi undang-undang, dia akan membantu pesakit yang sakit tenat, yang menderita kesakitan, dengan euthanasia. 

Woo So Jeong melakukan perkara ini semua dengan Dr. Choi Dae Hyun (Kang Ki-Young). 

Sementara itu, Detektif Ban Ji-Hoon (Lee Min-Ki) berusaha menjejaki mereka berdua yang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

PROFIL DRAMA MARY KILLS PEOPLE~

Drama ini mula ditayangkan pada 1 Ogos 2025 dan dijangka akan habis pada 6 September ini dengan jumlah episod sebanyak 12 episod.

Mary Kills People adalah remake drama Canada yang tajuk dramanya sama iaitu Mary Kills People yang ditayangkan di Rangkaian Televisyen Global mula dari tahun 2017 hingga  tahun 2019.

Untuk versi Korea ini , ia ditayangkan di saluran MBC pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 10 malam.

Specialnya drama ini adalah , selain Lee Bo Young dan Lee Min Ki drama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat Kang Ki Young yang popular dengan drama Extraordinary Attorney Woo.

Pelakon yang lebih senior dari ketiga -tiga mereka turut membintangi drama ini iaitu Baek Hyun Jin , Lee Dong Chan dan Kwon Hae Hyo.

Drama ini sedang ditayangkan , so korang yang mana tengah layan drama ini boleh komen pandangan korang mengenai drama ini dekat bahagian komen dibawah.

Jangan lupa tengok sampai habis taw.

Post a Comment

Previous Post Next Post