Biodata Song Seung Heon Pelakon My Troublesome Star . Drama My Troublesome baru mula ditayangkan namun sudah mendapat pujian dari ramai pihak, salah satu yang membuatkan drama ini menjadi tumpuan adalah pelakon utamanya iaitu Song Seung Heon.
Nama Song Seung Heon sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau merupakan antara pelakon senior Korea yang berkelas A.
BIODATA SONG SEUNG HEON (2025)~~
Nama sebenar beliau adalah sama seperti nama stage iaitu Song Seung Heon lahir pada 5 Oktober 1996 di Mia-dong, Gangbuk District , Korea Selatan.
Beliau merupakan seorang model pada 1995 kemudiannya terjun ke dunia lakonan pada tahun berikutnya menjadi pelakon di dalam sitcom popular Three Girls, Three Guys.
Song Seung Heon merupakan alumni dari Universiti Hankyong National dan Universiti Kyonggi.
Nama Song Seung Heon popular dan blow-up setelah membintangi drama hit dan popular Autumn In My Heart yang merupakan sebuah drama yang sangat popular di seluruh dunia dan drama yang mempopularkan Korea di negara luar.
Untuk lihat aktiviti terbaru dari Song Seung Heon korang boleh follow official media sosial beliau disini>> @송승헌 songseungheon1005
Banyak drama lakonan beliau adalah drama hit antaranya East Of Eden (2008) , Black (2017) , The Great Show (2019) , Saimdang, Memoir of Colors dan banyak lagi.
Beliau juga banyak mendapat pengiktirafan anugerah hasil dari lakonan beliau , yang paling utama adalah beliau pernah memenangi anugerah Daesang (Grand Prize) dengan lakonan beliau dalam drama East Of Eden pada 2008.
Post a Comment