Sinopsis Love Take Two Lakonan Yum Jung Ah dan Park Hae Joon. Drama Korea bertemakan komedi terbaru untuk tahun 2025 adalah drama Love, Take Two yang dibintangi oleh Yum Jung Ah dan Park Hae Joon.
Drama Love,Take Two mendapat sambutan yang terbaik di Korea dan rating mereka disana juga berada di kedudukan teratas.
SINOPSIS LOVE, TAKE TWO (2025)~~
Menceritakan tentang Lee Ji An (Yum Jung Ah) yang merupakan seorang ibu tunggal, yang telah hidup penuh dengan berkeyakinan.
Apabila dia menghadapi situasi yang sukar, dia sentiasa menangani masalah itu dengan perwatakannya yang sederhana dan kegigihan.
Anak perempuannya ialah Lee Hyo Ri (Choi Yoon Ji) merupakan seorang pelajar sekolah perubatan.
Lee Hyo Ri adalah kebanggaan hidup Lee Ji An dan segala-gala baginya namun keadaan berubah untuk Lee Ji An apabila anak perempuannya mula memberontak dan cinta pertama Lee Ji An memasuki hidupnya semula.
Cinta pertama Lee Ji An adalah Ryu Jeong Seok (Park Hae Joon) yang merupakan seorang bapa tunggal dan hidup aman damai bersama anaknya Ryu Bo Hyeon (Kim Min Kyu).
Kehidupan damai Ryu Jeong Seok berubah kerana Lee Ji-An dan anak perempuannya Lee Hyo-Ri, kerana mereka tiba-tiba masuk ke dalam hidupnya.
Anak lelakinya Ryu Bo Hyeon adalah seorang lelaki muda yang telah mengetahui sejak kecil apa yang dia mahu lakukan dan dia telah menjalankan ladang bunga selama 6 tahun.
Dia seorang veteran dalam bidang pertanian bunga, tetapi dia mula mempunyai emosi baru kerana Lee Hyo Ri.
PROFIL DRAMA LOVE TAKE TWO ~~
Drama ini ditayangkan di saluran TvN bermula 4 Ogos yang lalu dan episod akhir drama ini adalah pada 9 September dengan jumlah keseluruhan episod adalah 12 episod.
Love , Take Two merupakan drama yang mengetengahkan tema komedi , kekeluargaan , kehidupan dan romance.
Ditayangkan pada setiap Hari Isnin dan Selasa pada jam 8:50 malam selama 1 jam 4 minit pada masa Korea.
Specialnya drama ini dibintang oleh pelakon kacak Kim Min Kyu yang membawa watak Ryu Bo Hyeon manakala watak Lee Hyo Ri dibawa oleh pelakon cantik Choi Yoon Ji.
Jangan lupa layan drama komedi ini dari episod mula dan sehingga habis, yang mana tengah layan drama ini boleh komen pandangan korang mengenai drama ini dekat bawah.
Post a Comment