Biodata Jang Dong Yoon Pelakon Queen Mantis. Drama Korea yang sedang viral di Korea mahupun luar Korea pada ketika ini adalah Queen Mantis yang watak utama Cha Soo Yeol dibawa Jang Dong Yoon , mari kita baca biodata Jang Dong Yoon.
Watak Cha Soo Yeol yang dilakonkan oleh Jang Dong Yoon menerima pujian ramai , beliau membawa watak itu dengan sempurna.
BIODATA JANG DONG YOON (2025)~~
Nama sebenar beliau adalah 장동윤 sama seperti nama stage beliau iaitu Jang Dong Yoon lahir di Daegu , Korea Selatan pada 12 Julai 1992 (umur 33 tahun pada 2025).
Beliau merupakan pelajar Ekonomi & Kewangan di University Hanyang, karier lakonan beliau bermula pada 2016.
Ketika belajar beliau telah berjaya menyelamatkan seorang kerani kedai serbaneka yang diancam seorang perompak dengan senjata tajam.
Setelah itu beliau diberi penghargaan dan masuk ke dalam berita-berita Korea , setelah viral beliau dilamar untuk menjadi pelakon dan beliau menerimanya.
Drama pertama beliau adalah web drama yang bertajuk Women At A Game Company kemudiannya beliau membintangi drama Solomon's Perjury pada tahun 2016.
Sehingga kini beliau mempunyai beberapa drama hit lakonan beliau sendiri seperti School 2017 , Search dan The Tale Of Nokdu dan terbaru Queen Mantis.
Untuk korang yang baru nak kenal Jang Dong Yoon boleh follow official media sosial beliau >>@dongyoon__0712 banyak aktiviti seni beliau diupdate di sana.
Nantikan next drama atau filem dari beliau pada masa terdekat okay.
Post a Comment