Keputusan Markah Minggu Separuh Akhir Talk To My Manager. Malam Ahad yang lalu telah berlangsungnya separuh akhir talk to my manager , malam yang penuh kejutan yang tidak disangka jadi mari kita tengok keputusan markah semua peserta.

Keputusan Markah Minggu Separuh Akhir Talk To My Manager


Minggu Separuh Akhir kita dapat saksikan kesemua peserta membuat persembahan dengan begitu baik dan semua mereka all out pada malam itu.

MARKAH MINGGU SEPARUH AKHIR TTMN 2025~~

Minggu separuh akhir talk to my manager bertemakan Reroots dan kesemua peserta membuat persembahan menyanyikan lagu yang popular zaman dahulu.

Kesemua peserta membuat persembahan dan dimasukkan elemen tarian dan sangat meriah pada malam itu.

Tempat pertama untuk minggu separuh akhir adalah Marsya yang membuat persembahan lagu Hatinya Tak Tahan dari Noraniza Idris.

Sementara itu , Ammar berjaya mendapat tempat ke 2 pada malam itu dengan persembahan yang cukup baik dengan lagu Joget Angan Tak Sudah dari Jay Jay.

Amad yang melakukan persembahan lagu Apokalips pula mendapat tempat ketiga , agak mengejutkan juga apabila Thalita pertama kali berada di bottom 3 biarpun persembahan beliau dengan lagu Dikir Puteri mendapat pujian juri dan beliau berada di tempat ke 4.

Untuk bottom 2 pada minggu separuh akhir adalah Hadie yang menyanyikan lagu Yang Penting Happy dari Jamal Mirdad dan Auddra menyanyikan lagu dari Mas Idayu iaitu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan.

Hadie berada di kedudukan ke 5 manakala Auddra atau Odah di kedudukan ke 6, Auddra menerima imuniti dari Juri Sarimah Ibrahim.

Untuk final talk to my manager hari Ahad ini , siapakah yang akan merangkul Juara pertama agaknya, di antara Hadie, Auddra, Ammar, Marsya, Thalita dan Amad.

Jangan terlepas konsert final Talk To My Manager pada 4 Oktober ini pada jam 9 malam di Astro 104 okay semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post