Biodata Jun Ji Hyun Pelakon Tempest (2025). Drama yang sedang menjadi sebutan di Korea dan luar Korea adalah Tempest , salah satu tunggak utama drama itu adalah pelakon cantik Jun Ji Hyun mari kita kenali dengan lebih dekat siapakah Jun Ji Hyun ini.
Nama Jun Ji Hyun di Korea sangat popular , beliau merupakan pelakon berkelas A disana , beliau memiliki banyak drama hit seperti The Legend Of Blues Sea , My Love From The Star , Jirisan dan banyak lagi.
BIODATA JUN JI HYUN (2025)~~
Nama sebenar beliau adalah Wang Ji Hyun , menggunakan nama stage Jun Ji Hyun dan Gianna Jun lahir pada 30 Oktober 1981 di Daerah Gangnam, Seoul, Korea Selatan.
Beliau berkahwin pada 2012 dengan Choi Joon Hyuk seorang businessman dan dikurniakan 2 orang anak lelaki yang lahir pada 2016 dan 2018.
Jun Ji Hyun merupakan bekas pelajar Universiti Dongguk dengan jurusan ijazah sarjana muda dalam Teater pada 2004 dan Filem dan Master Media Digital dan Kandungan pada 2011.
Beliau mempunyai seorang abang yang tua 5 tahun dari beliau, sewaktu kecil ibunya memberi semangat kepada beliau untuk menjadi model kerana ketinggian dan badan yang kurus.
Cita-cita sebenar beliau adalah pramugari namun menukar menjadi model selepas diberi semangat dari ibunya, beliau mula menjadi model ketika berusia 16 tahun.
Beliau semakin dikenali dalam dunia model apabila menjadi model komersial untuk Samsung My Jet Printer .
Dunia lakonan beliau bermula apabila menjadi pelakon dalam filem WHITE VALENTINE (1999) , nama beliau popular setelah membintangi filem MY SASSY GIRL (2001) , nama beliau tidak hanya menjadi sebutan di Korea namun seluruh asia.
Untuk drama , lakonan beliau bersama Kim Soo Hyun dalam My Love From The Star mencetuskan satu fenomena pada 2014 sehingga beliau menerima anugerah Daesang.
Korang juga pastinya tahukan drama The Legend Of The Blue Sea , beliau bergandingan bersama aktor popular Lee Min Ho dan drama itu turut mencetuskan fenomena di Korea dan seluruh asia.
Tahun 2025 beliau muncul dengan drama hit Tempest yang sedang ditayangkan , ramai memuji lakonan mantap dari beliau .
Nantikan lagi drama dan filem yang terbaru dari beliau akan keluar tidak lama lagi dan teruskan support karier Jun Ji Hyun.
Post a Comment