Keputusan Final Talk To My Manager. Malam Ahad telah berlangsungnya Final Talk To My Manager dengan persembahan yang cukup mantap dari peserta-peserta talk to my manager.

Keputusan Final Talk To My Manager


Persembahan solo dan persembahan battle pada malam itu berjaya mendapat pujian dari juri-juri iaitu Dato Ac Mizal , Sarimah Ibrahim dan juri jemputan Dato Syafinaz.

Marsya sebagai peserta pertama pembukaan membuat persembahan dengan sungguh baik, meyampaikan lagu Bring Me to Life.

Peserta kedua pada malam final adalah Auddra yang menyampaikan lagu Dolla iaitu Damelo dalam keadaan tidak sihat.

Amad pula menyampaikan lagu Arjuna dari Dewa 19 , persembahan beliau cukup bertenaga sementara Ammar melakukan persembahan lagu Cinta Dewa Dewi dengan cukup bertenaga.

Hadie membuat persembahan pada malam final dengan sangat baik dan menunjukkan perubahan yang mendadak dari minggu sebelum ini dengan lagu Awak Kat Mana?

Untuk tugasan kedua , pembukaan lagu battel dimulakan oleh Ammad dan Auddra yang menyampaikan lagu IDOL dan ROCKSTAR, kedua-dua mereka nampak keserasian.

Persembahan kedua sepatutnya Amad bersama Thalita namun Thalita tidak dapat hadir kerana dijangkiti Influenza A dan diminta kuarantin oleh Doktor, Amad melakukan persembahan bersama managernya merangkap ibunya Siti Saerah.

Persembahan yang memukau pada malam final adalah dari Marsya dan Hadie, biarpun suara mereka berlainan namun berjaya mencapai keharmonian ketika menyampaikan lagu Dealova dan Rapuh.

Persembahan Terbaik :- Marsya dan Liza Hanim

Gempak Most Valuable Manager : Siti Saerah 

Vokal Terbaik : Amad

Ketika semua orang tidak sabar untuk mengetahui siapakah Juara musim 1 talk to my manager, Aznil Hj Nawawi mengumumkan rancangan ini ditambah 1 minggu lagi .

Penambahan minggu yang dinamakan GRAND FINAL TALK TO MY MANAGER yang akan diadakan pada Ahad 12 Oktober ini.

Keputusan untuk minggu ini ditempat pertama adalah Amad, kedua Marsya, ketiga Ammar , keempat Hadie , kelima Auddra dan keenam adalah Thalita (sebab tidak perform).

Ok semua jangan lupa minggu Grand Final ok pada Ahad ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post