Keputusan Markah Minggu Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 2025. Malam Sabtu yang lalu berlangsungnya separuh akhir muzikal lawak superstar 2025 dengan lawak-lawak jenaka yang padu dari para peserta.

Di separuh akhir muzikal lawak superstar 2025 penonton disajikan dengan 2 persembahan dari 6 kumpulan dengan tema TEMPAT BERTANDING dan 2 LOKASI 1 CERITA.
Ada kumpulan yang melakukan persembahan dengan begitu baik seperti kumpulan NANAS dan RODA yang menerima pujian dari juri dan penonton namun ada juga persembahan mereka dikritik juri.
Untuk minggu separuh akhir Superstar Of The Week dimenangi oleh kumpulan NANAS dan seterusnya mereka diumumkan sebagai finalis pertama Muzikal Lawak Superstar 2025.
Kumpulan yang mengikut NANAS adalah kumpulan PUTEH, RODA dan KIMBAB yang akan mara ke final muzikal lawak superstar.
Pada malam separuh akhir ini kita dapat saksikan berlaku dua penyingkiran iaitu kumpulan BAHYIM dan kumpulan LOMPAT terpaksa meninggalkan pentah muzikal lawak superstar.
Hanya 4 kumpulan sahaja yang layak ke Final Muzikal Lawak Superstar 2025 pada 29 November ini jam 9 malam.
Korang masih boleh tolong vote kumpulan kegemaran korang untuk memenangi anugerah Superstar Of The Week.
Good luck kepada KIMBAB, NANAS, RODA dan PUTEH untuk final nanti.
Post a Comment